Khamis, 1 Mac 2012

Daging Goreng Berempah


Bahan-bahan:
  • Daging lembu - dipotong nipis,nak rebus dulu pun boleh tapi mai tak rebus pun
  • 1 biji bawang besar holland - dipotong bulat
  • 1 tangkai cili hijau - dipotong serong
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato - dibelah empat
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak
  • Air

Bahan dikisar
  • Halia
  • 8 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu besar lada hitam
***masukkan sedikit air utk memudahkan bahan dikisar

Cara memasak
  1. Tumiskan daun kari seketika kemudian masukkan bahan-bahan yg dikisar td,tumiskan sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan pula daging, gaul sekata dan biarkan daging empuk masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Setelah daging empuk masukkan garam,gula,cili hijau,bawang besar holland dan tomato.
  4. Biarkan seketika kemudian matikan api dan sedia utk dihidang.

Resepi asal sebenarnye menggunakan hati lembu,disebakan mai tak berape makan hati tue yg tukarkan kepada daging.Nak bg tau nie siap2 nie kat korang,klu rasa tak tahan pedas jgn bubuh lada hitam byk2 & tak payah masuk cili padi..Nanti sakit perut jgn nak salahkan mai plak yea.


Memasak nie tak perlu sgt terlalu ikut sukatan kadang-kadang yg campak-campak tue lah lagi sedap & menjadi..


Akhir kata dari mai seperti biasa


SELAMAT MENCUBA >


<   >

Tiada ulasan :