Khamis, 30 Ogos 2012

Besok kena pergi Bukit Jalil


Salam 1Malaysia,

Tuan/puan
SENARAI WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA KE MAJLIS SEMPENA
SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN 2012 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, Malaysia negara yang sama kita cintai ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos 2012.

Sehubungan itu, Kerajaan akan menganjurkan dua (2) majlis sempena sambutan kemerdekaan tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: 


Sesi Pagi 
ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN 2012 
       Tarikh : 31 Ogos 2012 (Jumaat) 

       Masa : 7.15 pagi sehingga 9.30 pagi  (Peserta dikehendaki berkumpul di Bangunan Seri Utama pada Pukul 6.00 Pagi)

   
       Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


(Senarai nama adalah sebagaimana dilampiran)

Sesi Petang PERHIMPUNAN 55 TAHUN MERDEKA, JANJI DITEPATI 
       Tarikh :  31 Ogos 2012 (Jumaat)

       Masa :   7.30 malam sehingga 10.30 malam  (Peserta dikehendaki berkumpul di Bangunan Seri Utama pada Pukul 2.45 Petang)

      Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


(Senarai nama adalah sebagaimana dilampiran)

3. Selaras dengan itu, Kerajaan juga telah memutuskan bahawa semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam DIWAJIBKAN untuk menghadiri

kedua-dua majlis ini. Jesteru itu, semua Pengarah Bahagian dan Institut Kraf Negara diminta untuk memastikan kehadiran pegawai dan kakitangan di bawah

seliaan masing-masing ke majlis tersebut. Kegagalan pegawai dan kakitangan hadir ke kedua-dua majlis tersebut boleh menyebabkan diambil tindakan tatatertib.


Kerajasama semua pihak dipohon dalam memastikan perjalanan kedua-dua majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"


Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kraftangan Malaysia



2 ulasan :

suwara entertainment berkata...

oh my! kalau x pergi, akan dikenakan tindakan tatatertib tu. fuuuhhhh..selamat berkawad ye!

myfara FLK berkata...

Kite org yg belah ptg tak payah kawad just jadi khalayak je.sebagai anak malaysia apa salah nye korban masa utk hadiri majlis begini. Negara dah merdeka kite harus pertahankan bukan menghancurkan.