Pengikut

Isnin, 31 Oktober 2016

Ikan Patin Masak Tempoyak

Kejadian semalam,masak ikan patin masak tempoyak.


bahan-bahan yang diperlukan


  • mestilah heronye ikan patin
  • pembantu heronye tempoyak 
  • *10 biji cili padi 
  • *2 biji cili masak merah 
  • *1 biji bawang besar 
  • *2 ulas bawang putih
  • * 1 inci kunyit hidup/serbuk pun boleh --- kisarkan bahan yang bertanda * lumat-lumat
  • 1 helai daun kunyit
  • daun kesum 
  • garam
  • gula
  • air

cara memasaknye

  1. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk serta sedikit air,tempoyak aku guna 5 sudu makan.
  2. Tunggu sehingga mendidih dan ikan masak
  3. Rasakan dengan garam dan gula
  4. Biarkan sekejap kemudian boleh tutup api

Terima kasih Cik P sudi kongsi resepi,aku tanya macam mana nak basuh ikan ko terus kasi resepi masaknye tak payahlah aku nak search resepi dalam google.

kemudian aku gaduhkan lauk nie dengan sayur campur






lauk makan tengah hari semalam,1 lauk dan 1 sayur.


Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...