Isnin, 8 November 2010

Udang Berempah & Air Strawberry Mangga

     Hari ini mai & hubby pose,kat opis dah terfikir nak masak apa untuk juadah berbuka pose.Siap tengok blog masakan & tanya kak jue(member opis) coz nak cari idea apa yang nak dimasak.So masa tengok2 tu dapat lah idea nak masak Udang Berempah & Air Strawberry Mangga(ni je dpt di sharekan).Selain dari itu mai ada juga masak sayur kobis & sambal telur ayam.
     Coz nak siapkan juadah berbuka pose mai terpaksalah lupakan tgk tv3 6.30 cite Chinta padahal sebelum ini ada kata kan tak nak mised tgk cite ini,akhirnya terpaksa lah juga,kena beri keutamaan pada suamiku.Klu hubby tak pose mai boleh lah masak lepas hbs cite Chinta,tak pe lah berkorban pada suami dapat pahalakan. 
     Jom kita tengok resepinya..

Udang Berempah

Bahan-bahan:

  • 5 Biji Bawang Merah
  • 2 Biji Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Rempah: 11/2 sudu kecil Ketumbah,1 sudu kecil Jintan Manis & 1 sudu kecil Jintan Putih
  • Udang
  • Minyak
  • Cili Bangala (hiasan)
  • cili Boh / cili kisar
 Cara-cara:
  1. Sedikit bawang merah,putih dan 3 rempah ditumbukan sehingga lumat.
  2. Kemudian,perapkan bahan ini bersama udang.
  3. Tumiskan bawang merah bersama cili boh sehingga masak.
  4. Setelah tumis masukkan udang saja gorengkan sehingga masak,selepas itu masukkan rempah tadi,kacaukan dan biarkan udang sedikit garing.masukkan air jika kering.
  5. Bila udang dah masak,masukkan ke dalam pinggan dan hiaskan dgn cili bangala. 
ni lah hasilnya..saje je kasi besarkan gambar,biar korang terliur tgk udang berempah ni..:-)


Air Strawberry Mangga

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus buah strawberry
  • 1 biji buah mangga
  • Nata de coco perisa laici
  • Ais kiub
  • 1 sudu besar gula pasir (ikut pada rasa korang)
Cara-cara:


1)     Kisarkan buah mangga,strawbery dan beberapa ais  kiub.Masukkan juga gula.Kisar beberapa minit.

2)      Letakkan sedikit nata de coco ke dalam glass.

3)      Akhir sekali tuangkan buah yg dikisar td ke dalam glass yg telah diisi nata de coco.Hiaskan dgn meletakkan buah strawberry di atas permukaan air dan letak lah straw minuman.

Sedap tau cuba lah buat..


Ini adalah juadah berbuka pose yang mai masak terhegeh2 tadi.
Alhamdulillah kenyang..

Tiada ulasan :