Pengikut

Ahad, 27 Julai 2014

Kusyen Sofa Raya


Raya raya raya..semangat betul nak raya sampaikan beli kusyen untuk buat penyeri sofa di ruang tamu.Terima kasih buat suamiku Krul belanja i beli kusyen nie,tengah sama-sama berbaris nak bayar di kaunter (kanan kiri masing-masing peluk bantal untuk family tidur di rumah raya nanti) mata aku sempat lagi melilau tengok sekeliling dan terhenti tepat mata ini ke arah kusyen lalu aku terus pergi tengok kusyen tue.

Murah murah ya murah harganya RM9.90 sahaja,aku cakap dengan Krul cakap harganye sekian sekian Krul pun kata ambil lah kalau nak beli,dah kata gitu aku ambil sampai 4 biji.Pilih-pilih yang elok gebu lawa terus sambung beratur bersama Krul yang aku tinggalkan dia beratur sorang-sorang tadi.

Balik rumah terus susun pada sofa,serius lawa naik seri sofa aku yang sebelum nie kosong je.Oh ya aku beli kat AEON IOI Puchong.Rasa macam nak beli lagi je nak letak kat kerusi opis.Nantilah senang-senang aku nak pergi sana lagi dan kalau masih ada memang aku beli.

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...