Selasa, 22 Disember 2015

Semalam ' 21 Disember ' Birthday Krul

Rancangan untuk buat kejutan birthday Krul haruslah ada,hari yang istimewa untuk dia haruslah kite raikan.

Disebabkan aku tak pernah sekali pun bagi dia bunga tahun nie aku rancang bagi dia bunga,untuk lelaki tak perlulah jambangan bunga yang banyak atau besar dan untuk nampak lebih menarik aku memilih untuk letak seekor teddy bear ada tulisan I LOVE U dan belon tulisan Happy Burthday dan yang paling istimewa ada sekotak coklat yang menjadi lambang percintaan kami dahulu FERRERO ROCHER.


gambar nie kat opis Krul,orang hantar bunga tue ambil gambar Krul sebagai bukti penghantaran katanya


nie Krul wasap aku

Lepas dapat bunga Krul call aku,dia ucap terima kasih bagi bunga.Aku sesaje je kenakan dia,ape dapat bunga sape yang bagi perempuan mana yang bagi siap berlakon menangis tapi tak menjadi,dia tau aku yang bagi sebab ada coklat tue dan kat kad tue ada tulis Hubby walaupun tak tertulis nama pengirim.

Petang balik kerje dia bawa balik bunga tersebut,la nape plak bawa balik kecil hati saya tau.Oh rupanye nak ambil gambar bersama dgn aku kat rumah so sweet Hubby ingat tak sudi nak ambil gambar dgn saya.


Habis ambil gambar kami makan coklat nie,cair pun cairlah lebih simpan besok lusa makan.


Malam aku belanja Krul makan,aku nie beria-ria tanya nak makan KFC,MC D,PIZZA,Secret Recepi atau ape2 ke dia tak nak dia nak makan nasi,tekak melayu sungguh mungkin sebab dia selesema teruk kot lepas tue aku pun terjangkit selesema nasib aku tak teruk.

Walaupun aku dah bagi hadiah awal bulan tempoh hari (5/12), aku tetap nak gak bagi hadiah untuk hari ini.

Aku belikan beg kerje baru,atas pilihan Krul sendiri.Masa nie kuar jalan kat IOI Putrajaya,konon aku nak survey wallet panjang lelaki tapi tak ada yang berkenan jalan2 nampak beg kerje terus ajak Krul tengok2 beg tersebut,dalam tengok-tengok tue ada design yang berkenan aku terus tanya berkenan ke ambil lah saya belanja untuk hadiah birthday hubby.2 3 kali gak dia tanya aku balik betul ke nak belanja,klu betul dia ambil lah beg tersebut.Aku nak belanja lagi banyak cite lagipun senang aku tak payah fikir nak kasi ape nanti bile birthday.Bila tiba dekat hari birthday aku terasa plak nak kasi sesuatu tue yang mendapat dia bunga dan hadiah 1 lagi hari ni. 

Ko ingat dah habis surprise ke Krul belum lagi yea.Aku letak hadiah Krul bawah bantal dengan harapan nanti dia akan perasan masa nak tidur.Tapi dia tak perasasan aku nie punya lah tahan geli hati tak gak dia perasan sudahnye aku suruh dia tukar bantal yang bantal bawah tukar ke atas,mula2 dia tak nak lepas tue dia tukar gak dan baru lah dia perasan ada hadiah.Riaksi dia masa tue senyum melebarlah dapat hadiahkan sambil malu-malu kucing.


hidung bertampal selesema punya pasal.Aku kasi hadiah minyak wangi je.Nasib dia suka bau minyak wangi nie.

Buat Krul,Happy Birthday yang ke 32 tahun.Doa saya semoga Hubby sihat,panjang umur,dimurahkan rezeki dan menjadi insan yang baik dan terbaik.


Love u so much and until jannah..InsyaAllah..

Tiada ulasan :