Jumaat, 4 Disember 2015

= Tanam Sayur Bendi =

Keterujaan untuk menanam sayur-sayuran bermula selepas melihat gambar tanaman dari blog kak yatie,blog kak alynn dan gambar tanaman kak diana.


Mula tanam bendi pada 26/09/2015.

Tanam 2 baris - kanan dan kiri(lihat pada gambar dibawah),setiap sebaris ada 14 biji benih bendi.Keadaan tanah harus lembap (bukan basah berair) dan diletak di tempat yang redup.Gunakan kaedah sembur (spray) air agar benih tidak bergerak.


Bendi hari ke-4 - 29/09/2015

Biji benih bendi mula bercambah kuar dari tanah.

Kekal lembapkan tanah.


comel bendi nie kuar dari tanah siap tunduk malu gitu


Bendi hari ke-5 - 30/09/2015

Alhamdulillah semua 14 biji benih bendi berjaya terhasil kuar.



kelihatan ada daun di setiap batangnya

Mula letak baja (baja tahi ayam) di sebelah kanan dan kiri tong,tak perlu banyak sekadar sesudu je kemudian kekalkan tanah dalam keadaan lembap.Gemburkan tanah berhati-hati supaya tak kena akar bendi.


Bendi hari ke-11 - 06/10/2015


Pokok bendi dah tinggi(setinggi jari aku je).Perhatikan gambar sebelah kanan,ada daun baru dah mula tumbuh.Disebabkan dah tinggi aku alihkan letak kat luar supaya kena cahaya matahari sikit.

1 pokok bendi dialihkan ke dalam polibag.

Gemburkan tanah - baja - spray air - tambah tanah

Bendi hari ke-34 - 29/10/2015


Wah sangat berbeza dengan yang lain,pokok bendi yang tanam dalam polibag lagi cepat besar dari yang tanam dalam bekas biru.

Bendi hari ke-39 - 03/11/2015


Bendi semakin membesar dan meninggi

Dan hari ini juga Krul telah alihkan Pokok Bendi dan Sayur Kacang Panjang Renek ke atas tanah.Atas permintaan mengada-ngadu aku, krul buat batas pokok sayur ditepi tembok bahagian belakang rumah.


Kanan : 3 anak pokok bendi
Kiri : 3 anak pokok kacang panjang renek

selebih anak pokok bendi yang tanam dalam bekas biru dibuang hanya tinggalkan 3 saje, kot lah nanti nak tanam kat tempat lain atau mati ke boleh lah tanam balik kat batas pokok sayur nie.

Bendi hari ke-54 - 18/11/2015


Tue dia baby bendi dah menjadi,comeynye.terujanyeeee.

Nie hasil dari pokok bendi yang tanam dalam polibag lagi 2 pokok tue belum membesar lagi dan belum bagi hasil.

 Bendi hari ke-58 - 22/11/2015


baby bendi membesar sedikit

 Bendi hari ke-65 - 29/11/2015


Baby bendi dah membesar dan dah selamat dipetik dan makan pun.

Semalam tengok bendi yang kecil tue dah besar mungkin arini boleh petik dan makan.

Nanti aku up plak tanaman sayur Kacang Panjang Renek, dah ada hasil tue bertambah teruja.


Tiada ulasan :