Isnin, 28 November 2016

Sayur Lodeh Goreng


bahan-bahan:

  1. 2 batang carrot
  2. seikat kacang panjang (patutnya potong serong tapi aku terlupa)
  3. sekeping tempe *
  4. 2 keping tauhu *
  5. 1 biji bawang besar **
  6. 2 ulas bawang putih **
  7. 3 batang serai  **
  8. segenggam udang basah
  9. 2 tangkai cili masak merah
  10. suhun + suhun pucuk
  11. 1/2 biji santan
  12. garam
  13. minyak masak
bahan bertanda * goreng dahulu dan ** tumbuk sehingga lumat


cara memasak
  1. tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan udang basah sehingga garing
  2. goreng sayur carrot dan kacang panjang seketika
  3. masukkan santan dan kacau sekali sekala dan biarkan sehingga santan kering
  4. kemudian masukkan suhun dan suhun pucuk dan cili masak
  5. perasakan dengan garam
  6. rasa semua dah masak dan berasa tutuplah api



makan bersama udang sambal petai,memang terbaikkk..



Tiada ulasan :