Pengikut

Selasa, 4 Julai 2017

Ceritera Pagi 1 SyAwAL RaYa 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin dari kami berdua
 (Krul & Myfara)

Alhamdulillah 3 benda yang aku sangat syukuri pertama Krul balik raya (malam sehari sebelum raya nasib baik baju raya semua dah beli siap-siap),kedua dapat sambut raya bersama abah mama dan abah mak(mertau) dan yang ketiga orang datang beraya dirumah kami sendiri barulah meriah (sebab abah dan mama raya rumah kami)

Untuk juadah 1 syawal  mama abah dan aku masak 2 juadah
Pagi raya juadahnya ialah nasi impit,ayam masak merah dan kuah kacang.
Petang raya pula abah dan aku masak Nasi Beriani dipadankan dengan kuah daging kurma dan ayam masak merah dimasak oleh kami berdua mama dan aku.(sayang gambar Nasi Beriani dan kuah kurma daging lupa nak ambil gambar)


Sebelum pergi solat sunat raya aidilfitri kami makan dulu tak sabar nak makan sebab makanan tue semua dah elok terhidang atas meja dari teringat-ingat masa solat baik makan dulu.


 
nasi impit

ayam masak merah

rendang daging

Rendang aku beli je tak lengkap raya tanpa rendang 

kuah kacang

Kuah kacang nie beli gak rempahnya tinggal tumis dan masuk air je tak payah susah-susah nak tumbuk kacang.

Balik dari solat baru bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.Abah masuk plak toilet jadi aku mulakan dulu dengan mohon maaf dekat mama



mama maafkan semua kesalahan kaklong yea,eh Krul ambil gambar mari kita post sikit mama


Duit raya untuk mama,senyum lebar nampak mama dah fikir nak shoppinglah tue hihihi ampun mamaaaa..


 Kemudian mohon maaf dekat abah pula,abah kaklong minta maaf yea dari hujung kaki sampai hujung rambut.


Tidak lupa duit raya untuk abah juga ada.

Kemudian Krul pula mohon maaf dekat abah dan mama


Krul minta maaf aku tak dengar wei malu lah tue aku dengar..


Eh nangis ke oooo gatal hidung rupanya ingat nangis tadi.

Kami laki bini dah bersalaman dalam bilik segan nak bersalaman depan abah mama kang dengar plak cerite kain dalam yang tak sedap nak didengar (kami pun gaduh gak, laki bini mana yang tak bergaduhkan gaduh tue kan membuat kasih sayang tue lebih erat)


dari kami berempat En.Zol Cik Mas Krul dan Myfara mengucapkan selamat hari raya.


Abah Mama kesayangan aku dunia akhirat nie,semoga tahun depan dan seterusnya kita dapat sambut raya bersama-sama.

Oh mama tak dapat pakai baju raya tak dapat sedondon dengan abah,susah nak pakai baju kurung lengan tu masih bersimen lagi kang masuk boleh nak buka baju payah plak, tak pe mama pakai baju kemeja blouse nie pun dah kira cantik.


sama cantk sama padan tak??? hihihi

Tema hijau kami tahun nie.

Lepas salam-salaman abah dan krul makan nasi beriani berdua,aku dan mama dah kenyang balun makan pagi tadi tue banyak-banyak laparkan.

Kemudian kami berempat beraya rumah keluarga Krul.

Cantik mak masak rendang ayam aku balun makan rendang ayam tu 2 3 ketul.Krul pun siap bertambah-bertambah lupa ke yang dia dah makan nasi tadi rindulah tue masakkan mak dia makan-makan besok dah balik Labuan teringin dengan rendang mak susah plak nanti.

Eh kat rumah sendiri aku mulakan bersalaman di rumah keluarga Krul pun aku yang mulakan over aku nie patutnye biarlah Krul dulu yang mulakan anak tuan rumahkan nie aku tak menyempat nak mulakan dulu.


mak abah maafkan yea menantu mu ini


Kemudian giliran Krul pula.

Lepas bersalaman dan mohon maaf kasi duit raya jom kita ambil gambar 


Kemudian kita ambil gambar reramai plak ada yang tak ada nie kalau tak mesti rumah mak abah penuh sampai ke muka pintu yelah masing-masing ada keluarga mertua.


Dan kenyang moh kita balik sebab petang nanti mak cik dan sepupu(abang herry) aku nak datang serbu rumah beraya.


Tue dia abah berkecemata hitam jiwa muda mama plak manis bertudung pink(punyalah tak suka warna pink boleh plak beli dan pakai)


sambil tunggu Krul ambil kereta dari car wash kita ambil gambar dulu anak beranak.


--- ll ---

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...