Pengikut

Khamis, 6 Julai 2017

Raya ke-3 dan ke-4 keluarga En.Zol & Cik Mas bercuti ke Cameron Highlands.Hureiiiiii..


Orang sibuk beraya ke rumah sedara mara kami sekeluarga plak berjalan ke Cameron Highlands dah menjadi kebiasaan kami masa raya berjalan luar KL.

Seminggu sebelum raya Aby tanya nanti raya nak ke mana,terus aku ajak ke Cameron Highlands,abah mama setuju je ikut dan semua adik beradik (ipar) setuju untuk ikut. Mama cakap mama seronok semua anak-anak dapat join dan ada di depan mata.

Kami menginap di aparment Crown Imperial Court,Brinchang.Sampai je check in dulu masuk semua beg dan kemudian kami makan tengah hari di kedai mamak itu je yang buka masing-masing dah lapar mamak pun jadilah.

Dah kenyang kami semua ke Big Red Strawberry Farm.





Dah sampai sini haruslah pekena aiscream strawberry dan lain-lain


Terbalas kerinduan aku nak makan aiscream,aku penah ikrar tak nak jejak lagi kaki di CH ni lagi sebab berlaku peristiwa hitam T__T.

Malam kami makan shell out dan steamboat 




shellout nie untuk 4 orang,sangat sedap sampaikan menjilat jari berbaloi dengan harganye


steamboat pun untuk 4 orang


makan sampai kenyang semua..

Besoknye kami breakfast di BOH Sungai Palas Tea Centre





lepas makan kami pergi kilang pemprosesan teh




tapi kilangnye tidak beroperasi mungkin sebab raya kot


tabik hormat pada bendera Pahang yelah anak Pahang kan



aku suka dengan 2 gambar abah mama nie cantik


kalau dulu hanya lalu di atas tanah sekarang dah ada laluan kayu tak lah tersadung kaki kat akar pokok teh atau kotor kasut disebabkan tanah lembap tapi tinggi plak anak tangganye sian pada warga emas yang sakit kaki.





amboi pengantin lama nie...


Seronoklah cuti sekeluarga macam nie InsyaAllah tahun depan ada rezeki kita bercuti bersama-sama lagi mungkin dengan cucu abah mama pula


--- II --

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...