Ahad, 6 Februari 2011

Kuih Bakar Pandan


Bahan-bahan yg diperlukan
  • 2 -3 cawan tepung gandum(klu cair tambahkan lg tepung)
  • 1 biji santan kelapa
  • 3 cawan jus pandan(klu x ada kisar daun pandan)
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula(kurangkan gula jika manis)
  • 2 sudu makan marjerin cair
  • 1 sudu teh garam
  • 1/ sudu teh pewarna hijau
  • 2 sudu makan bijan(goreng tanpa minyak)
Cara memasak
  1. Panaskan oven 180c selama 15 minit.Gunakan api atas dan bawah.
  2. Gaulkan semua bahan supaya sebati,kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan bahan tadi ke dalam loyang yang disapukan dgn minyak @marjerin.Kemudian taburkan bijan.
  4. Bakarkan selama 1 jam @ sehingga masak.
  5. Sejukkan dan potong.

Sedia dihidang.Minum petang bersama hubby,
sebahagian kuih  bg pada ibu mertua dan mama..



Jumaat, 4 Februari 2011

Sup Sayur Cendawan

Bahan A
  • 1 paket cendawan(dikoyak)
  • 1 batang carrats
  • Sayur kubis
  • Sedikit ikan bilis (boleh letak udang)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu rempah sup (dibancuh dgn segelas air)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan B(dihiris)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara membuat
  1. Basuh semua sayur dan tuskan
  2. Panaskan minyak dan tumiskan ikan bilis sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah sup,air dan garam.masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan,carrots dan kubis.Biarkan mendidih sekali lagi.
  5. Tutup api kemudian masukkan daun bawang dan daun sup
  6. Sedia dihidang.

Khamis, 3 Februari 2011

Kuetiau Kung Fu



Bahan A
  • 1bungkus kuetiau
  • 3-4 biji telur (dipukul)
Bahan B
  • Udang basah (dibunag kulit
  • 1 cawan isi ayam(dihiris)
  • 3 ulas bawang ptih (dicincang)
  • Sawi kailan (dipotong)
  • Bunga kobis(dipotong)
  • 1 batang carrots (dipotong kecil)
  • Minyak masak
  • 2 sudu makan tepung jagung dan 1/2 cawan air (dibancuh)
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan lada sulah
  • Garam secukup rasa
Cara memasak
  1. Panaskan minyak kemudian goreng telur dan kuetiau sehingga sedikit garing.Kemudian ketepikan
  2. Tumis bawang putih sehingga garing kemudian masukkan ayam dan udang.
  3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada putih,sos tiram dan carrots.
  4. Masukkan tepung jagubg yang sudah dicampurkan air dan kacau supaya tepung tidak bergentel.
  5. Campurkan kailan dan bunga kubis.Tutup api dan kacau.
  6. Tuangkan kuah atas kuetiau dan hidangkan.


menu nie sedap dimakan masa masih panas


Selasa, 1 Februari 2011

Dinner time:Chicken Chop & Lamb Chop


Jeng jeng sedap tak????

Seperti yg dijanjikan N3 sebelum nie mai sharekan makanan dinner malam nie.Sebelum tu jawab dulu sedap ke tak???? Ala mana korang tau kan sedap ke tak bukannye blh rasa,so apa kata korang buat sendiri..HEHHEHE..

Meh dengar cite nie mungkin korang ada yg kata mesti mai beli je kat giant td nie,dak ehhhh mai buat tauuuu...Erm jgn x percaya mai buat coleslaw tue,bukan letak mayonis semata tau ada lg bahan2 lain.Tak pe jap lg salin yea resepi.Sayur tu mai sagat sendiri(nasib tak luka tangan kang ada plak jd raja bersiung).Chiken & lamb tue beli yg mentah kat giant,ada jual yg dah di perapkan dgn ramuan (kan senang tu tak payah susah nak bperap beli je lah),balik rumah kerja hubby lah membakar guna oven,kentang goreng tu mai beli gak yg mentah kemudian goreng lah. 

Apa lg nak tau ooooo tu hotdog beli yg siap masak,ingat nak makan dlm kereta masa balik rumah,but termasuk plak dlm bonet kereta.Alang2 baik makan sekali dgn chiken & lamb chop nie.Air pulak air twistter oren, kasi tuang je tak payah nak bancuh2.Ehh eh eh lupa,sosnye mai buat tau beli perasa kat tesco cuma letak air 250ml je kemudian masak.Tue gambarnye,ada 3 perasa sos seperti mushroom,chicken & lamb.But mai guna kan arini mushroom (lupa plak nak beli mushroom)



Ni cara-cara buat coleslaw korang kena ada,

Bahan-bahan:
  • Kubis (sagat halus)
  • Carrots (sagat halus)
  • Mayonis (ikut kuantiti sayur jgn byk jgn sikit)
  • 4 sudu besar susu segar(kotak/botol kecil,jgn membazir guna sikit je)
  • 4-5 sudu besar gula pasir (kurangkan lah lg rasa mcm manis plak td)
  • 1 sudu teh garam
Cara membuat:
  1. Masukkan mayonis,susu segar,gula pasir dan garam ke dalam mangkuk kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan kubis dan carrots teruskan mengaul sehingga sebati dan rata.
  3. Simpan dlm peti ais sementara.Bila nak makan baru keluarkan.
nie lah rupa coleslaw nye

Lamb yg dibakar oleh hubby,nie blm masak lg tau td kena tunggu lama betul nak masak.

isinye tak lah keras sgt masih blh digigit @ dipotong dgn pisau


 Chiken hubby punya

Lamb mai punya



Pesh pesh..terasa cam tgh dating macam dulu2 plak masa makan nie siap main suap2 lagi..Nasib tak ada lilin klu tak memang cam candlelight dinner jadinye.So sweet..

K cau cin cau...


hari wilayah ke letourde langkawi?

                             bendera hari wilayah persekutuan

1st of all i want to say happy federal territory day(hari wilayah persekutuan).Selepas subuh kami bersiap2 nak ke dataran kononnye nak tgk lah apa yg ada sempena sambutan ari wilayah.Setelah sekian lama tak naik tren,arini catat sejarah naik tren coz pk mesti tutupnye jalan kat kl nie dah kata buat kat datarankan.Masa naik tren tue teringatlah zaman purba dulu bercinta naik tren je,yelah dulukan time belajar mana lah ada transport sendiri naik lah public transport walaupun hubby tika itu ada motor.Jangan haraplah dapat naik mampus kena marah dgn family nanti,mai pun takut nak naik dgn hubby kang jadi ape2 tak ke nanya.Tak pasal2 kena tahan polis ke excident ke dll..hehehehe..(mengarut je kan).Kami naik kat stesen Sri Petaling park kereta kat sana beli tiket ke Masjid Jamek.

Sampai je kl terus ke Dataran Merdeka pada masa tu jam pukul 8.30 am,eh tak de ke sambutan tak ada ape2 pun..Terus ke depan tengokkkk laa tak ada sambutan pun yg ada dorang wat sambutan Letourde Langkawi apa daa.Gasak lah dah sampai jln2 je lah tengok itu tengok ini,dengar org menyanyi memekak dgn lagu rock(sound je lebih suara penyanyi tak da tengelam dgn sound yg kuat),minum air milo free dan main itu main ini.

Apa kata kita layan dulu gambar yg sempat mai ambil tadi kat sana,korang mesti tak pegikan.Mesti ada lain aktivitikan..




budak2 nie tgh belatih dulu kang dorang lawan main basikal


nie yg masuk utk kat dataran je bukan yg betul2 letourde langkawi


ada gak perlawan bola jaring,permainan yg mai x tau & x pernah main pun,
sikit2 kena pit pit pitt dari pengadil je


tue dia hubby nak gak begambar


dah mula lawan basikal,dulu mai suka sukan nie (sukan extrem)ingat lagi siap pegi, masa tue kat klcc ada sukan basikal,sketboard dll

mai suka tgk brother nie main,bagus..


milo free apa lagi kasi ambilah,berdoyon2 org ambil minum.Bagus gak dah dahaga time nie matahari dah naik panas plak tue..


tue apahal plak hubby beratur

   

ooo nak main bola kena masukkan bola ke dlm lubang tue rupanye

asal nie,nak minta tips ke mcm mana nak sepak sampai masuk.malu lah hubby kata main futsall nie yg senanag takkan tak boleh



 adik tepi sikit abg tue nak sepak





dapat hadiah botol air,hubby berjaya masukkan bola..tahniah(x de lah bagus sgt,hehehe)

ada lagi tue nak main,suka hatilah hubby klu tak dapat hadiah siap lah.




mai nak gak bgambar 1 keping pun jadilah ni kan blog mai bukan hubby yea..

Dalam pkl 12 kami balik,naik kereta lepas tu pergi giant beli makanan nak makan mlm nanti.Korang nak tau tak apa mai masak tunggu yea N3 lepas nie..
Sesuatu yg sangat sedap..
..Bye-bye..