Selasa, 9 Ogos 2011

Rendang Ayam Cili Api


Rendang Ayam Cili Api nie mai buat ahad lepas dan dibawa ke rumah MIL utk berbuka pose beramai2 dgn family hubby.Sebelum mai melalut cite yg bukan2 mai nak ucapkan tima kasih dan tabik spring pada Rose coz sudi sharekan resepi nie pd mai.Rose resepi kamu nie memang sedap dan mudah nak dibuat.Ko nak tau rose bila dah masak rendang nie hubby mai tak sabar2 nak makan,siap mai yg tenangkan dia kata kan pose sabar lah sikit kang dah buka makan lah sepuas2nye....

Selain dr rendang nie mai ada juga bawa pulut kuning(lembek sikit tak jadilah yg rose ajar) dan agar2 laici.Seronok berbuka pose kat rumah MIL,mcm2 makanan ada yg MIL masak dan adik ipar hubby beli sampaikan penuh meja, sudahnye kena bawa semua makan turun ke bawah dan kami semua makan bersila je.Mai happy sgt semua yg mai bawa habis dimakan di rumah MIL pada mulanye risau gak klu makanan mai tak disentuh @ pun tak sedap yelah dah lah buat penat2 sekali tak habis mesti lah hati nie hampakan but Alhamdulillah seperti mai kata td HABIS!!! senyum lebar lah mai.Korang nak dgr mai membebel lg tak?? penatlah nak membebel pose2 nie,jom salin resepi yg simple nie tue pun klu korang rasa bekenan nak cuba masak..



Bahan-bahan:
  •  Ayam
  • 1/2 biji santan kelapa
  • Serai
  • Air
  • Garam
  • Asam Keping
  • Daun kunyit (dihiris halus)
  • Minyak masak
      Bahan kisar
  • 8 biji bawang merah
  • 15-20 biji cili api (klu nak pedas masukkan banyak)
  • Cili masak
  • Kunyit
Cara memasak
  1. Panaskan minyak,tumiskan bahan kisar dan masukkan serai dan kacau sehingga masak.
  2. Masukkan ayam dan biarkan ayam empuk dan sebati dgn bahan tumisan.
  3. Kemudian masukkan santan dan asam keping klu kuah pekat masukkan air sedikit.Tutupkan periuk,sekali sekala kacaukan masakan supaya tidak hangit.
  4. Bila masakan dah hampir masak @ keluar minyak masukkan daun kunyit dan kacaukan dlm beberape minit.
  5. Lepas tue apa lagi oh ya terlupa nak masuk garam sila masukkan garam yea.Kacau lg seketika supaya garam tue hancur dan sebati dgn masakan lepas tue tutup api.
Ok lah kawan2 mai cau dulu, seperti biasa

SeLaMaT MeNcUbA

(^__^)

2 ulasan :

Luv berkata...

nak try buatlaaa cam sedap jek...

myfara FLK berkata...

zana try lah buat sampai sedap yea...