Rabu, 31 Ogos 2011

Mari Kibar Jalur Gemilang


Jalur Gemilang membawa maksud 14 jalur merah dan putih yang terdapat pada bendera Malaysia,melambangkan 14 buah negeri yang bergerak selari dan searah untuk mencapai satu wawasan yang sama iaitu kegemilangan.Lambang bulan dan bintang yang terdapat pada bendera ini boleh diertikan sebagai lambang gilang gemilang yang sentiasa terpancar menjadi panduan setiap rakyat yang bernaung di bawahnya.

Perisytiharan nama Jalur Gemilang pada bendera Malaysia telah diadakan pada 31 Ogos 1997 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia Malaysia keempat di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.

Maksud lambang dan warna Jalur Gemilang:

Jalur pada bendera menggambarkan 1 haluan yang lurus,hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya,terang benderang dan cemerlang.Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih,taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan,keberanian,kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan Wrna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai.

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.


Tiada ulasan :