Jawapannye Saya dah!!!! Rabu lepas masa mai cuti birthday, mai & hubby ke JPN Putrajaya buat Mykad baru.Sekarangkan dah ada kuar Mykad baru yg memaparkan 2 imej gambar dimana 1 gambar besar berwarna dan 1 lagi gambar kecil hitamputih.
Kalau ditanya ape perbezaan antara MyKad dulu dgn sekarang memang ada bezanye terutama sekali pada gambar pemegang Mykad (seperti yg diberitahu tadi),pada imej gambar besar tersebut tertera no. Mykad anda,MyKad dulu hanya menggunakan 1 bahasa saje tapi sekarang dah dwibahasa iaitu pada perkataan KAD PENGENALAN MALAYSIA ke KAD PENGENALAN MALAYSIA IDENTITY CARD.
Mengenai warna MyKad sekarang birunye sedikit cair(kusam) berbanding warna biru terdahulu so klu sesape yg nak buat MyKad baru bagi yg memakai tudung,korang pakailah warna tudung yg garang2 sikit supaya gambar korang tak kelihatan kusam di MyKad tersebut.Ada lagi perbezaan cuba korang tgk MyKad korang,(angkat Mykad hingga paras dagu & gerak2kan sikit) korang akan nampak gambar sekuntum bunga raya dgn seekor burung dan MyKad sekarang ditambahkan lagi dgn beberapa corak guilloche di permukaan MyKad tersebut dan terdapat juga penambahan imej peta Malaysia beserta bulan sabit dan bintang..
Manakala dibahagian belakang tidak ada byk perbezaan cuma tukar tandatangan ketua JPN,penukaran Cip 80KB – Sebelum ini, mykad lama hanya menggunakan 64KB sahaja Dan diakhir no. MyKad ada penambahan no...Yang tue mai kurang pasti ttg no. nye,tapi mungkin siri no. utk keberape kali kite tukar MyKad kot...
Buat Mykad nie sekejap je dlm 1 jam dah siap.Ape 1 jam!!! maksud mai prosesnye je,korang dtg ke pejabat JPN Putrajaya di aras 2 ambil no.giliran tunggu sehingga giliran anda dipanggil,dimeja kaunter serahkan MyKad lama korang jika nak buat perubahan alamat bg tau kepada kaunter kemudian buat pembayaran RM10 saje dan terima resit pembayaran, kemudian tunggu sekali lagi giliran anda dipanggil utk sesi begambar..senang je kan..MyKad nie siap selepas 1 hari dr tarikh korang buat tak payah tunggu lelama mcm dulu kala yg mengambil masa selama seminggu @ 2 minggu.
JPN menyediakan kemudahan Hotline,Website & SMS utk tujuan semakan kutipan MyKad.Utk menyenagkan diri mai menggunakan perkhidmatan sms saje just taip JPN MyKad <No. IC> dan hantar ke 15888.Memang betul pun,hari khamis mai semak dah siap MyKad baru tue,so hari sabtu seawal pagi kami dah pegi ke JPN Putrajaya pi ambil.Ambil Mykad Baru nie hanya tunggu dlm 1/2 jam saje.Bawa sekali resit pembayaran RM10 tue supaya memudahkan urusan kutipan nanti.Hari sabtu waktu operasinye bermula jam 9 pagi hingga 2 ptg..
...................................................................................................................................................
Antara tips-tips bagi penjagaan MyKad yang betul adalah seperti berikut :
...................................................................................................................................................
Antara tips-tips bagi penjagaan MyKad yang betul adalah seperti berikut :
- Elakkan MyKad daripada terdedah kepada suhu yang terlampau tinggi.
- Elakkan daripada aktiviti yang boleh merosakkan cip.
- Elakkan MyKad daripada terdedah kepada air, bahan kimia dan asid yang boleh menjejaskan ketahanan MyKad.
- Elakkan daripada merosakkan permukaan MyKad.
- Elakkan daripada risiko yang boleh mengakibatkan kad bengkok
6 ulasan :
wah..bestlah dpt mykad baru..nk g buat jugaklh cmni..kebetulan plastik mykad yg lame tu dh terkopek..haruslah tukar kan..hehehe
myKad saya dah teruk... tapi belum tukar lagi.. selagi cip dia boleh baca kira ok la tu.. ha ha ha
Sue-Rya AQ tukarlah,skrg kan dah ada warna lagi lah gempak mykad nanti..makeup lawa2 nanti yea..
KhaiZa isshhhh tak mau gitu...mykad adalah benda penting kasi tukar yea...
assalamualaikum, tq 4 the info. mykad sya pun cip rosak, sok nak pegi wat lah kat putrajaya. kalau wat kat cawangan ambil masa lama kan? so, lebih baik putrajaya siap dalam masa 1 hari je...kirim salam kat laki ko...dari member lama mpsj...
gempak, bulan dan bintang akan bertukar mnjadi peta malaysia kalau dlihat dri sudut trtentu n digerakn secara perlahan lahan.
Catat Ulasan