- Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan.sebab itu ia digelar sebagai penghulu segala bulan.
- Rasulullah SAW sabda:"Penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan dan penguhulu segala hari adalah hari Jumaat."
- Disebabkan statusnya sebagai penghulu segala bulan,maka Ramadhan mengandungi kelebihan yang melebihi bulan-bulan yang lain sebagaimana hari Jumaat mempunyai kelebihan berbanding hari-hari yang lain.
- Maka,orang yang ingin merebut peluang keemasan ini tidak wajar melakukan amalan sebagaimana bulan-bulan yang lain.
- Mestilah melipatgandakan amalan kebajikan di luar daripada kebiasaannya 11 bulan yang lain.
- Hari-hari yang berbaki dalam Ramadhan ini masih terdapat ruang untuk kita maksimumkan ibadah terutama di penghujungnya.
- Pada penghujung Ramadhan (10 malam terakhir) mengandungi Lailatulqadar yang mempunyai kelebihan melebihi 1000 bulan.
- Lailatulqadar adalah bonus yang diberikan oleh Allah SWT yang perlu kita manfaatkan.
- Jesteru,marilah memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini.
- Sesungguhnya mereka yang tidak mempedulikan tawaran-tawaran istimewa daripada Allah SWT ini seolah-olah orang yang menolak pemberian disebabkan ego dan sombong.
- Hargailah anugerah ini dan anggaplah ini adalah Ramadhan terakhir bagi kita.
Setiap masa yang dilalui sepatutnya digunakan semaksima mungkin kerana ia pastinya tidak belulang lagi.
2 ulasan :
masa itu emas. klau x digunakan sebaiknya, sia2 saja :)
moga kite memanfaatkan bulan ramadhan ini
makneng follow sini
jemput follow makneng
Catat Ulasan