Pengikut

Rabu, 18 September 2013

Resepi Sup AyamBeefBallsMacaroni

Atas permintaan Kak aNa nak resepi Sup AyamBeefBallsMacaroni maka aku upkan sekali lagi gambar menu yang sama..

Cara masak sup nie sama je macam aku masak sup sup lain cuma tukar bahan utama je dan campurkan bahan yang lain.


Bahan-bahan yang diperlukan
  • Ayam
  • Beef balls jenama Marina (ada 20 biji tapi aku guna 15 biji)
  • Macaroni (rebus dahulu)
  • 1 biji bawang besar & 2 ulas bawang puith (ditumbuk/dibelander)
  • 4 biji bawang kecil & 2 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 1 paket rempah sup
  • 1 biji carret (dipotong bulat @ panjang)
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • Rempah 4 beradik (kulit kayu manis/bunga lawang/jintan manis/buah pelaga)
  • Sedikit halia
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
  • Air
Cara memasak
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  2. Tumis bawang yg dihiris bersama halia & rempah 4 beradik tue sehingga naik bau, warna menjadi sedikit perang.
  3. Kemudian masukkan bawang yg ditumbuk bersama rempah sup tumiskan seketika.
  4. Masukkan air yg mencukupi
  5. Masukkan carret dan kentang,biarkan sehingga sedikit empuk
  6. Setelah itu masukkan ayam kacau seketika.
  7. Biarkan seketika sehingga kuah merenih dan empuk.
  8. Dan bila semua dah masak baru dimasukkan macaroni dan garam.
  9. Tutup api dan hidang.

SeLaMaT MeNcUbA -


2 ulasan :

aNa berkata...

heheh... tq mai... nnti blh try ni

myfara FLK berkata...

senang je pun kak aNa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...