Ahad, 8 Disember 2013

:: Nasi Mandy ::

Cubaan memasak Nasi Mandy atau senang dipanggil nasi arab.Aku pernah makan sekali je nasi arab, tue pun masa OT bulan lepas, bos belanja makan bungkus.

CC bahagian aku ada jual,aku tengok cara masaknye senang jadi belilah satu boleh makan sepuas hati.Nasi arab kan tak ada kanji boleh lah makan banyak-banyak.

Ni kotak Nasi Mandy harganya RM15.00


Dalam kotak Nasi Mandy nie disediakan beras basmati dan rempah-rempah hanya guna saja rempah yang diberikan tak payah nak tambah-tambah lain.Seperti yang korang nampak kat bahagian belakang kotak nie disediakan cara-cara memasak ikut saja arahan yang diberikan.



Salad Arab


 Salad nie sepatutnya masukkan tomato tapi aku tak masukkan.Tomato masam nanti tak habis plak.


Sos Harrah


Sos nie aku tambah sedikit gula nak bagi ada manis sikit 


Ayam Panggang


Ayam sekor dipotong 8,sedap ayam panggang nie ikut hati memang nak gatah je ayam nie tapi kena gak tinggal sikit nak bagi family aku rasa.


Nasi Mandy


Nasi yang siap dimasak.Nasi nie masih basah lagi tak cukup kering,aku dah lapar sangat dan tak tahan bau nye yang sedap jadi makan panas-panas.Jadi pada yang nak masak gunakan periuk nasi yang besar sikit supaya nasi nie dapat kembang dengan baik dan boleh panjang nasinya. 

Tarraaaaa...sedapnye..



Pada sesiapa yang berminat nak beli Nasi Mandy nie boleh hubungi Pn. Saniah ditalian 012-6850064 harga tetap sama RM15.00...Selamat membeli dan memasak..


***Hidangan untuk 4-5 orang



Tiada ulasan :