Pengikut

Khamis, 16 Januari 2014

:: Pakai Uniform ::

Ini baju uniform pertama yang aku pakai tahun lepas.Bukan aku dan linda saje yang pakai semua pegawai bahagian PR dan Pembantu Muzium kena pakai baju uniform nie biar nampak seragam.Warna baju seperti yang korang nampak biru dan hijau digabungkan bersama sedikit corak batik dibahagian atas dada seperti baju yang dipakai oleh pegawai lelaki berkenaan.Namanye Azlan tak payah berkenalan sangat dia dah kahwin pun..Sorry Lan aku bocor rahsia.



Segak tak kami dengan baju uniform nie ceria je warnanye kan.

Tudung terpulang pada masing-masing nak pakai warna ape tapi aku dan linda selalu pakai warna biru dan bagi nampak lagi seragam aku dan linda dah beli shawl yang sama,iaitu warna biru.

Selalunye aku dan linda akan pakai baju uniform nie pada hari isnin tapi sekarang dah kena tukar hari (masih dalam perbincangan nak pakai hari ape) sebab dah ada baju uniform baru untuk Unit.

Yang nie lah bajunye gabungan warna kelabu pekat,kelabu cair  dan hitam.Dalam gambar nie korang nampak birukan tapi kelabu tau sebenarnya.


Smart tak?Smart kan..Siap letak nama kat baju.Tapi kami perempuan pakai tudung nama tak nampak sangat sebab tertutup dengan tudung.

Nanti aku nak cuba pakai dengan tudung warna kelabu plak kena ke tak gabungannye.

Lepas nie memang jimat lah duit aku,tak payah beli kain buat baju baru.Simpan untuk buat baju raya je.


4 ulasan :

aLyNnZ berkata...

cantik uniform..manis jew..betul akak pun suker sebenarnyer kalo ada uniform senang tak payah pening2 nak pakai bj apa..

myfara FLK berkata...

kalau pakai uniform tak boleh nak bergaya..

Sue-Rya Qistina berkata...

hehehe..kami pun kena beruniform setiap isnin dan rabu. senang dah. xyah nak gosok baju kurung lagi..hehehe

maszmadi berkata...

smat smat... ada lebih x?... haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...