Pengikut

Selasa, 9 Disember 2014

:: Bercuti di GOLD COAST MORIB International Resort ::

Minggu lepas hari rabu dan khamis (3-4/112/2014) aku,hubby,abah dan mama bercuti di Gold Cost Morib.Walaupun aku nie seorang penakut air aku teringin juga nak pergi tempat-tempat mandi-manda gini.Aku teruja nak pergi sana lepas dengar cerita dari rinie dan amirah.Aku beli kupon melalui Groupon,Package A dengan harga RM168 untuk 2 orang dan 2 hari 1 malam + buffet breakfast + theme park tickets.Tapi kena tambah lagi RM50 sebab pergi masa cuti sekolah.

Jom tengok keadaan bilik Gold Coast Morib nie.Aku dapat package Studio Suite.Berangan nak dapat katil king size tapi dapat 2 katil single.Tidur lah sorang sekatil gitu juga dengan abah dan mama.Nie gambar bilik aku yea lebih kurang je dengan keadaan bilik abah dan mama.


bilik nie disediakan aircond dan kipas...hihihi..



Nie keadaaan dalam toilet


sinki


shower section


Boleh berjakuzi uolls..i like...


Dari dalam toilet boleh nampak luar kalau nak tutup tingkap nie pun boleh.Aku tutuplah tingkap tue rasa kekok bila masa mandi.


Nampak kan bowl toilet tue..ko nak melabur macam mana kalau tak tutup tingkap tue.


Nie keadaan balkoni boleh nampak rumah depan dan bila pandang ke bawah boleh nampak theme park tue.

Rasanya aku terlupa nak bagi tahu  hanya bagi tahu mama je kot,aku terlupa cakap dengan jangan kuar balconi waktu malam dan awal pagi takut terbau bau yang busuk.sudah terkena daa dia terbau busuk rupanya malam pertama dia kuar kejap balconi nie.Sebab masa amirah pergi dia kata ada bau busuk,coz kat morib ada ternakan babi mungkin bau babi tue atau kilang-kilang berhampiran.

Nak tengok keadaan theme park?? ok aku kasi tunjuk kat korang.


Gelongsor biru pekat tue main,sebab kena buka baju.kalau perempuan kena pakai swimming suit yang betul.Sebab kalau pakai t-shirt kelajuan di papan gelongsor pelahan bila buka baju baru laju.Tapi kalau boleh main pun aku tak nak sebab nanti bila dah sampai ke hujung badan akan jatuh ke air..tak pasal-pasal nanti aku lemas.


2 hari kat sana aku paling suka main gelongsor yang 3 berkembar tue..best...


Hujung sana tue ialah pantai boleh je kalau nak kesana,mandi tak sure boleh ke tak sebab masa aku jalan kat pantai tue tak ada plak orang mandi.


Cukup tue je jom aku tunjuk plak gambar mandi-manda aku,


 with abah



       


mama tak mandi pun,tak nak basah katanya.Sambil tengok kami 3 beranak mandi sempat gak mama ambilkan gambar dan berborak dengan pengunjung lain.








sebelah petang pada hari pertama jalan-jalan di pantai,abah dan mama berehat kat bilik.






Malam pula kami makan di Pantai Morib,konon mula-mula nak makan kat Bagan Lalang tapi setengah jam nak kena turun balik ke sana baik tak payah tue sebab kami makan kat Pantai Morib.Kat Pantai Morib ada banyak kedai makan kami pilih makan di hujung kedai iaitu kedai makan King Ikan Bakar.Sedap makanan kat kedai tue tunggu pun tak lama sangat walaupun kat kedai dia ramai pengunjung yang makan.Gambar makanan tak snap,masing-masing sibuk berborak dan bila makanan semua dah sampai masing-masing senduk letak kat pinggan.hahahha..nampak sangat masing-masing lapar.Harga pun tak mahal sangat kira ok lah sedap pun sama kat Bagan Lalang.

Last day hari kedua lepas main theme park aku berendam jakuzi..Sebelum turun mandi kdah penuhkan air dalam jakuzi dan bila nak berendam baru masukkan sabun dan on kan buih jazuki..15 minit kot berendam jakuzi main buih-buih.Habis berendam sambung mandi shower kemudian siap-siap tunggu solat zohor baru kami check out.

Patutnya kena check out pukul 12 pm,tapi kami saje je check out lambat nak solat dulu dan masa check in semalam pukul 3 pm rasa macam tak adil je masuk lambat kena kuar awal itu yang kami kuar lambat,sebelum tue masa check in aku dah tanya siap-siap kalaau check out lambat kena bayaran ke? orang kat kaunter tue kata paling lambat boleh check out pukul 1pm kalau lambat lagi kena bagi tahu.Dah dia kata gitu so apa lagi lajakkan je terus lepas solat zohor baru check out.hihihi

3 ulasan :

Nor Iman Hashim berkata...

sonoknyer....

maszmadi muhamad berkata...

windu nak ke sini.. kalu ramai2 mesti lagi meriah, kan

aLyNnZ berkata...

gold cost morib mmg terbaekk kan mai..mmg puas lar berendam sampai lebam..akak pun ingat nk repeat lagi ke sana..syiokkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...