Pengikut

Rabu, 13 Mei 2015

# Rak Bunga Bertingkat 7 #

Sabtu lepas 9 Mei aku,mama dan abah pergi Sungai Buloh lagi,aku ajak abah pergi sana sebab nak beli tanah & pasu putih stok kat rumah dah habis lagipun kan ada orang nak beli RJ aku(Syura & kak Alynn).

Sebelum beli harus lah jalan-jalan dulu sampai ke kedai hujung sekali,masuklah satu persatu kedai bunga kat situ kami tiga beranak.Ada dalam 3 kedai bunga tue ada jual rak bunga bertingkat-bertingkat,dalam tengok-tengok tue mama sudah berkenan dengan rak bunga bertingkat 7 bila di tanya mahal harganye, lari masuk kedai no 2 pun sama mahal sudahnye mama beli kat kedai yang aku beli rak bunga dulu tue,boleh lah tawar dapatlah murah sikit.Mood abah pun baik,abah kasi mama beli lagi senyum sampai  ketelingalah mama.

Tarra nie lah rak bunga bertingkat 7 tue


Nie gambar wassap dari mama semalam,amboi kembang-kembang bunga RJ mama jeles aku tau.Nie sebahagian je tau RJ mama ada lagi sebenarnye kat sebelah kanan rak nie macam-macam warna ada baik yang selapis, berlapis dan jambul semua koleksi RJ mama ada.Sila abaikan getah paip kat belakang tue,mama tak sempat lah tue kot nak gulung getah paip tue teruja sangat ajaknye nak snap gambar RJ dia nak wassap kat aku. 

Petang tue jugak mama ajak aku susun bunga-bunga RJ dia,aku pun ikutkan lah susun RJ dalam panas-panas tue tak kan nak melawan pulak tak nak buat pagi tadi dah temankan aku ke Sungai Buloh kan.

Nanti aku nak kumpul duit nak beli rak bunga bertingkat 7 nie jugak.InsyaAllah..



4 ulasan :

Ida Puanstoberi berkata...

cantik la mai rak bunga tu.
Rasa muat tak buh kat balkoni akak..
kalau muat, buleh beli bunga ngan mai.
hahaha..

balkoni sekangkang semut, lagi ada hati nak letak bunga bagai kan. Huhu

Afi Ein berkata...

Sis..brape harga rak pasu bunga tu..tgh mencari jgk ni ..pasu tu pasu jenis apa ye?

Afi Ein berkata...

Sis..brape harga rak pasu bunga tu..tgh mencari jgk ni ..pasu tu pasu jenis apa ye?

li anamy berkata...

Brapa harga rak camni ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...