Pengikut

Jumaat, 26 Februari 2016

Naik bot pergi pulau

Langkawi : 4 hari 3 malam

15 Februari 2016 : Pagi

Hari ketiga kami sekeluarga naik bot pergi 3 pulau.Urusan tempahan bot diuruskan oleh adik Krul,Padil minta bantuan kawan dia cari bot dan minta harga package bukan kira harga sekapala.

Nie tempat kami berkumpul untuk naik bot,nama tempat nie aku lupa plak tapi tempat nie tempat jeti nelayan.



semua pergi yea tak ada sape pun terkecuali tak ikut budak kecil pun ikut.



2 perasan aku rasa masa naik bot laju nie,seronok sebab dapat berjalan ke pulau-pulau dan perasaan kedua takut, takut sebab takut bot terbalik dan buatlah tetiba kuar ikan melompat sebelah aku mau aku menjerit sekuat hati atau pun pengsan.

Antara tempat yang dibawa 

 Pulau Dayang Bunting,abang bot bagi masa 1 jam je kat sini pandai-pandailah bajet masa.





Tasik Dayang Bunting nie dah banyak berubah dah menarik dari dulu.




Tempat kolam mandi kanak-kanak.Hai Krul tak cukup mandi kat luar mandi kat tempat budak-budak plak.

Foto family Krul

meh aku kenalkan adik beradik Krul
belakang kanan:Mansor no.3 - Jamal no.5 - Anip no.1 - Krul no.2
depan kanan:Padil no.6 - Ju no.7
no4 dah meninggal.Al-Fatihah.

mak abah bersama menantu mereka

mak abah bersama cucu-cucu meraka,tapi depan abah tue anak angkat merangkap adik angkat Krul nama dia Aril.
buat masa nie cucu ada 3 Ain,Khalisya dan Kimi.

Tempat ke-2,Pulau Singa Besar-tengok burung helang

kat sini abang bot behenti kejap je bukan boleh buat ape pun hanya tengok burung helang terbang dan tangkap ikan.

 Tempat terakhir abang bot bawa ialah Pulau Beras Basah,mandi manda lagi.


masa nie cuaca panas terik,pijak pasir pun panas.

4 beradik yang suka suki mandi manda,para isteri tengok je gelagat mereka sambil jaga 2 budak kecil si Aril dan Khalisya.


mak abah yana Anip tak turun sebab Ain dan Kimi tidur dorang dok je dalam bot.

Disini pun abang bot bagi 1 jam je masa bermandi manda,habis je naik balik bot.Lepas tue dia hantar balik ke jeti tempat naik tadi.

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...