Isnin, 29 Ogos 2016

Kawan sekolah beli Ros Jepun

Alhamdulillah masih ada lagi yang sudi membeli bunga Ros Jepun dari aku.
Bulan Julai lalu Shikin kawan sekolah menengah bertanyakan masih lagi ke jual bunga ros jepun?
Kebetulan ros jepun sekarang dalam semaian baru yang lama kebanyakan kurus kering.Bila dia berhajat nak beli aku pun belalah elok2 semaian baru tue.

Hari Sabtu lepas aku tengok 3 pasu ros jepun tue dah elok lebat daunnya dan dah ada kudup bunga cuma belum lagi bunganye berkembang.
WhatsApp Shikin tunjuk kat dia,dia jadi beli 3 pasu bunga nie..Alhamdulillah sudi dia beli walaupun belum berbunga dan tidak tahu warna ape silap aku juga tidak tandakan warna ape bunga tersebut masa semai.


Dan semalam Ahad pagi masa aku nak jirus pokok bunga pasu tengah bunga ros jepun nie kuar bunga berwarna kuning,terus WhatsApp Shikin,seronok dia bila tahu bunga dia dah berbunga.

Dalam pukul 2 lebih semalam kami berjumpa untuk jual beli ros jepun nie.Nak ambil gambar bersama dia malu it's ok bukan orang lain pun kawan sekolah pun.


Petang Shikin WhatsApp hantar gambar,rupanye bunga ros jepun tue dia letak kat rumah family dia siap bagi tahu kalau ada lagi dia nak beli lagi nak tambah sebab macam tak cukup dan adik beradik dia pun semua suka pokok ros jepun tue.InsyaAllah kalau ada lagi elok dalam semaian boleh lah aku jual.

Seronok bila hobi nie dapat dikongsi bersama dengan kawan-kawan lain.

Pada kawan-kawan yang nak beli aku jual Sepasu Ros Jepun Berlapis RM10 - pasu sahaja tanpa tangkai kalau nak tangkai aku jual sepasu RM15.

Tiada ulasan :