Pengikut

Selasa, 13 September 2016

masak sup tulang - lembu korban

Tahun nie tak balik raya rumah mama,Krul tolong lapah lembu korban kat kawasan perkampungan rumah kami je.Alhamdulillah petugas-petugas yang melapah lembu dapat sebungkus tulang dan daging sebungus.

Krul balik hulur daging dan kata dapat tulang sekali,dia minta masak sup tulang untuk makan malam.

Nasib baik rempah sup ada dalam almari,dah alang-alang Krul ajak pergi Giant nak beli daun saderi bolehlah aku cari sup bunjut, nak cuba letak sekali sup bunjut dalam sup.

Balik dari giant terus aku bersilat kat dapur,aku minta Krul pasang dapur lama kat luar.Dah kenape plak nak masak kat luar plak kan,saje je nak merebus dagingkan lama malas nak pasang dapur hub tu lelama,jimat sikit elektrik hiihi..

Aku mula masak lepas asar,solat dulu siap-siap senang boleh tumpukan je kat sup dan masak lauk lain.


periuk kiri tengah rebus tulang dan daging periuk kanan pula untuk menumis rempah sup,bila dah tumis masukkan tumisan tadi ke dalam periuk rebusan tulang dan daging oh ya masukkan juga sup bunjut sekali.

Abaikan dapur gas yang dah buruk nie,banyak jasanye walaupun dah buruk masih boleh digunakan lagi.Jadi buruk pun sebab letak kat luar kena panas dan hujan,Krul balut dengan plastik tapi itulah plastik jadi rosak bila kena panas dan hujan tue yang plastiknye melekat pada badan dapur gas ni.

Dalam 6.30 sup siap dimasak,ya ampun masa menumis tue bau sup kuat sangat, nasib masak kat luar kalau dalam rumah bau sup lah jawabnye.


Lauk lain yang aku tambah untuk kenakan dengan sup tulang aku masak sambal kering tempe+ikan bilis bagi menggantikan sambal kicap dan goreng telur dadar kosong.


Lepas solat maghrib kami berdua makan,tulang besar Krul dan cop awal-awal aku makan yang kecil.Masa nak makan aku panaskan semua lauk boleh plak gas habis nasib ada spare gas.Alhamdulillah kenyang dengan rezeki semalam.



Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...