Pengikut

Jumaat, 9 September 2016

masak ikan berlada

Sabtu Ahad lepas 2 hari berturut-turut masak ikan goreng berlada.

Hari Sabtu goreng ikan kembong 3 ekor.
Tukang tumbuk cili dan bawang aku minta Krul tolong tumbukan aku malas kena pecikan cili dan bawang.



Bahan-bahannye aku hanya guna bawang besar dalam 2 biji, cili masak 2 biji dan cili padi dalam5-6 biji nak pedas letak lebih.

Tumiskan bahan cili tadi sehingga masak kemudian letak garam dan titik sedikit kicap supaya warna cili nampak gelap sikit.

Ahad pula goreng ikan siakap
Ikan ni sekor Rm10 beli kat pasar tani


Malam repeat makan lagi ikan siakap
Kena lagi Krul tumbuk bawang dan cili,dah dia nak makan ikan siakap berlada ni kenalah tolong tumbukan.


Habis makan aku pesan dengan Krul besok jangan minta lagi masak ikan goreng berlada dah hari kerje kita makan ape yang sempat je dimasak.

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...