Pengikut

Rabu, 14 September 2016

Mee Besen Ori Melaka

Bulan 8 tempoh hari datang Melaka tak dapat makan,kita kasi terjah lagi bulan 9.Alhamdulillah dapat akhirnye merasa makan di Restoren Mee Besen Ori Melaka ni.

4 kali wei ulang alik datang ke restoren ini,pertama cari jalan ke restoren ni sebab dah tukar kedai.Kedua datang tengah hari konon nak ambil nombor giliran tapi kedai belum buka.Ketiga datang petang dalam 2 lebih kedai dah buka separuh Krul beranikan diri masuk ke kedai dengan harapan dapatlah ambil nombor dulu sebab dah nak check in hotel takut datang kang lambat tapi orang kedai kata tak boleh kena gak datang pukul 3.30.

Pukul 3.20 kami sampai kedai orang dah ramai menunggu kat luar kedai, Krul jumpa balik orang kedai tadi minta nombor orang tue kata tak payah ambil nombor nanti masuk je.Mungkin sebab tak ramai sangat kot masa tue yang datang jadi tak payahlah ambil nombor.

Jam 3.40 petang baru kami semua dibenarkan masuk ke kedai.Ya Allah masing-masing berebut nak masuk ke dalam,aku awal-awal kata dengan Krul tak payah rebut sangat kite berdua ambil je meja yang kerusi dua kat tepi sambil tunjuk tempat.Bila dah boleh masuk terus Krul duduk kat tempat yang aku tunjukkan tadi tue. 


menarik tak besen dan talam di lekat di dinding tujuannye bagi menunjukkan saiz besen dan talam yang di pesan,small pun dah besar ini kan pula nak super big.

dinding sebelah kanan dihiasi dengan dulang bunga,zaman nenek-nenek kite,susah nak dapat dulang macam ni lagi.

Mula-mula nak makan mee besen disebabkan saiz small tue besar kami tukar makan Talam Western.Next time je lah makan mee besen, eh bunyi macam nak kena datang lagi je hahaha.


Talam Western : Meatball + French fries + Spaghetti Carbonara + Chicken Chops

Air minuman pula haruslah sorang 1 mana boleh kongsi tak nikmatlah nanti.hahaha >__<


White Lulu Nestume Krul punya.hahaha dia tersalah order terpedaya dengan gambar bukan nak baca dulu ambil ko nestume mendapatnye lepas tue komplen tak sedap,tapi dalam tak sedap habis gak dia minum.Diatasnye ada ais krim dan candy marshmallow


Cocolocious nie aku punya..Sedap coklatnye rasa pahit-pahit sikit tidak terlampau manis kira sedaplah dengan tekak aku siap ada aiskrim dan candy marshmallow juga

Nie menunye sebelum balik aku sempat snap dulu tadi masa ambil order aku lupa nak snap.





nie keadaan luar kedai masa kami balik jam 4.35 petang yang dalam penuh yang luar pun penuh meja.



Address: no 17,jalan PNDD 1,pusat niaga durian daun,, 75200 Malacca, Malaysia
Phone:6010-273 7895
Hours: 3:30PM–10AM


3 ulasan :

nadiakeeza berkata...

memang sentiasa penuh ke mai?

myfara FLK berkata...

sempat gak Krul tanya casher bila masa tak ramai orang..dijawab sentiasa ramai orang..

Khairul berkata...

Baru lepas makan kat mi besen. Sup mi besen failed, tak sedap. Maaf la..ini komen ikhlas. Tak berbaloi beratur panjang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...