Pengikut

Isnin, 11 Disember 2017

masak-masak minggu ke-9 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Alhamdulillah penyakit M (malas) hilang sudah,dapat sambung balik masak-memasak,tekak pun semakin ok makan pun dah terasa masin,masam,pahit dan manis.

04/12/2017 / Isnin
Masak sambal telur rebus dan sayur goreng (buncis+carrot).Masak 4 biji,2 biji makan tengah hari 2 biji makan malam.


05/12/2017 / Selasa
Nak perabiskan sayur buncis dan carrot aku campurkan dengan fishcake kemudian goreng ikan kerisi 3 ekor dan kicap cili padi potong.Makan pula ikan baru goreng tue dengan nasi panas-panas memang sedaplah.




06/12/2017 / Rabu
Untuk breakfast aku buat burger isi daging dan letak kepingan cheese siap Krul bawa sebiji makan kat opis,bawalah krul.



Malam pula aku buat ayam  masak buttermilk cheese bedebah kaw,resepi minta pada Ros (kawan lama kraf) tapi dia x ajarpun bubuh cheese tengok youtube cara-cara masak ada letak cheese aku pun letaklah maaf Ros derhaka pada ko nasib menjadi.Aku pakai kepak ayam tak pakai isi ayam pun,kepak 3 ketul potong 2 dapat lah 6 ketul.



Dah buat watermark tue kemudian-kemudian aku share resepi yea.

07/12/2017 / Khamis
Semalam ayam arini pun ayam gak yea.Hari nie buat sup ayam yang paling simple hanya ayam campur dengan kentang je tak ada sayur-sayur lain dan pakai sup bunjut yang Fit kasi kemudian lawankan dengan sambal fishcake.




08/12/2017 / Jumaat
Nak perabiskan roti burger buat lagi burger daging dan goreng sosej.



Malam pula udang masak lemak cili padi letak tomato,tempe goreng dan timun jepun


09/12/2017 / Sabtu
Sabtu aku hanya masak sayur goreng (buncis+tempe) je nak habiskan kuah udang masak lemak cili padi yang semalam.



10/12/2017 / Ahad
Dan semalam aku buat ayam goreng berempah dan habiskan sayur semalam.Aku perap 10 ketul tapi goreng sikit je semalam 6 ketul lagi 4 ketul nak goreng arini



Malam tak makan nasi makan biskut cicah milo kemudian makan cheesecake.Masa tengok GV (gegar vaganza) perut berbunyi hahaha lapar.

Ok Bye nanti-nanti aku update cite lain yea.


Tiada ulasan :