Pengikut

Rabu, 14 Februari 2018

Ulang tahun kelahiran ke-34


8 Februari minggu lepas secara rasminye aku melangkah masuk ke usia 34 tahun.
Alhamdulillah dipanjangkan usia,sihat tubuh badan dan rezeki yang tidak putus-putus diberikan oleh yang Maha-Esa Allah swt.

Aku kena prank wei!
Aku beria-ria nak belanja family aku makan sudahnya aku yang kena prank!

Gini citenye,balik dari Genting Premium Outlet singgah rumah family nak solat maghrib lepas tue aku ajak abah mama makan luar dorang okey je terus siap-siap pakai baju.
Kebetulan pula Yasmin datang rumah nak ambil kain baju yang dia tumpang jemur aku pun ajaklah dia sekali,dia berlakon weiii Yasmin cakap nanti dia tanya Gmarl macam mana boleh join ke tak.Yasmin call balik kata tak dapat join sebab Gmarl nak pergi jumpa cikgu silat dia.
Kemudian aku call Aby ajak dia dan Syafiq makan di kedai makan yang Syafiq cerita tempoh hari kat Krul dekat dengan area rumah dorang.

Sampai je kedai makan tengok Aby dan Syafiq tak sampai-sampai lagi aku dah cakap suruh terus pergi cop tempat takut ramai orang dia boleh tak sampai-sampai lagi.
Bila tarik meja dan susun kerusi untuk 8 orang aku dah pelik eh kan 6 orang je asal pulak nak 8 kerusi aku biar je lah tapi dalam hati dah rasa pelik mesti nak kena prank ni..tapi aku layankan aje.Kemudian Aby Syafiq sampai dorang tak bawa ape-ape pun jadi aku fikir tak ada apa-apa pranklah nie betullah tue kite berenam je makan,alih-alih aku dengar dari belakang suara orang nyanyi lagu birthday disambut pulak dengan Aby Syafiq Krul dan Abah Mama dorang bawa bunga siap ada belon dan kek weiiiiii...arghhhhhh kena prank...

sampul duit tue mama kasi berape ringgit adalah rahsia..huhuhu


Inilah ketua kepalanye yang rancang segala pranknye dan berpakat dengan adik dan adik ipar aku.Terima kasih yea krul buat semua nie terharu saya tau.

Terima kasih semua raikan birthday kaklong

 Bangga tue tunjuk umur 34 tahun
Oh ya kami makan di Experiment Kitchen semuanya ditempah oleh Krul,aku tak tau dia tempah ape yang dia kata makan western je sekali sampai ya ampun besarnye dan sedapppppnyeeee..



Set ini ada nasi sekali  dan kambing,sedap wei tak tipu licin kami makan dan cukup untuk 8 orang makan.


Ini candid Aby ambil gambar nampak tak aku punya teruja sungguh makanan depan mata hahaha..


Krul order juga burger



Sumpah sedap burger ni ada isi daging dan ayam

 jemput makan uolls

Dah habis makan masa untuk potong kek dan makan kek


Seperti biasa kek rasmi untuk birthday kek Chocolate Indulgence

Dan sebelum balik mari ambil gambar dulu


Abah mama tercinta melahirkan dan menjaga aku sehingga sekarang walaupun dah kahwin.Sama-sama berlakon tak nak bagi tau ada surprise untuk aku.


si pematah hati aku,nantilah kena jugak nanti.


adik beradik kawan gaduh dan merajuk



senyum lebar aku suka diraikan..hihihi


Dapat hadiah dari Krul, lagi membuatkan aku rasa terharu.

ok bye.Assalamualaikum...


--------- ll ---------

Experiment Kitchen
Address : 10G,Pusat Perniagaan Cheras Maju,Jalan Cheras Maju,Balakong 
               43200 Cheras,Selangor
Phone 019-606 6692

💝💝

Tiada ulasan :