Pengikut

Rabu, 18 September 2019

MAPS,Ipoh - Movie Animation Park Studios

Langkah diteruskan ke MAPS (Movie Animation Park Studios). Taman tema ini dibuka secara percuma untuk pengunjung yang ingin masuk dan bergambar tetapi masuk ke zone-zone yang menarik di dalam MAPS ni dikenakan bayaran masuk.
Jom aku bawa korang lihat ke dalam MAPS ni. Tapi sebelum tu ada pemeriksaan kecil di pintu masuk, sekadar nak check beg pengunjung (tak sempat tanya sebab time tu Aby call, aku just buka beg dan tunjuk je kat orang yang check tu) mungkin tak boleh bawa makanan dan minuman masuk kot sebab kat dalam ni ada jual makanan dan minuman.

Oh ya kami just jalan-jalan dan ambil gambar je tau tak beli pun tiket masuk ke zone-zone tu lagipun dah janji nak makan malam dengan Aby dan Syafiq takut terlama pula disini plak nanti.
Bagi sesiapa nak datang MAPS ni aku cadangkan korang datang siang hari kalau malam jadi macam aku lah bergambar dalam keadaan gelap. Krul kata besok sebelum balik nak datang balik tapi aku cakap tak payah lagipun dah datang ni cukuplah lain kali je datang lagi.

Tiada ulasan :