Pengikut

Sabtu, 14 September 2019

Seemsoon Hotel,Ipoh-Perak

gambar sumber dari google terlupa nak snap gambar hotel


Hotel yang kami menginap ni sangat selesa dan besar biliknya.
Harga pun tak berapa mahal sangat ada free wifi lagi.
Aku nak bagi tau sikit kalau korang keluar balik malam lambat parkir dalam penuh korang kena parkir luar yea sebab kawasan parkir hotel tak berapa besar,parkir luar bukan jauh mana pun depan dari hotel ni je dan tak perlu bayaran parkir.

Jom kite tengok rupa dalam bilik hotel ni.


Disebabkan cuti panjang 3 hari (Hari Keputeraan YDP Agong) bilik penuh jadi kami tak dapat bilik katil double bed kami dapat single bed.
Konon aku nak tido senang-lenang berguling-guling sekali Krul pergi rapatkan katil plak.


Ada sediakan peti sejuk,tea & coffee and 2 mineral water


Toilet pun ok selesa ada hairdryer sekali senang nak keringkan rambut.



Cuma tidak disedaikan iron mungkin kena minta, aku tak guna iron aku bawa baju t-shirt dan tudung sarung yang tak payah digosok.

Include sekali dengan breakfast, tapi menu breakfast tak berapa meriah sangat tu sebab kami breakfast kali ke dua di Restoran New Holly Wood 



Walaupun makanan sarapan pagi tidak mewah tapi aku sangat cadangkan korang menginap di hotel ini okey.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


No.2, Regat Dato Mahmud,Jalan Pasir Puteh,31650 Ipoh, Perak
05-2556888


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan :