Isnin, 16 September 2019

Plan B. Plan B dan Concubine Lane

Assalamualaikum selamat pagi dan Selamat Hari Malaysia semua Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih.

Sambung ke cite berjalan-jalan di sekitar Plan B dan Concubine Lane.
Maaf aku kurang ambil gambar masa ni mood tak berape nak ada sebab lapar. 

Dari jauh aku dah nampak orang jual cendol, jadi mari kita pekena cendol dulu bagi alas perut yang lapar ni. Namanya 'Cendol Abang Kacak - Wawasan Cendol'. Rupa-rupanya 'Cendol Abang Kacak - Wawasan Cendol' sudah viral.
Ada cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung dan cendol durian. Tapi masa beli tu abang kacak tak ada yang jualnya budak lelaki remaja.


Cendol durian pakai durian king sedap sungguh

Dekat area sini ada lukisan mural di dinding bangunan yang cantik-cantik sama seperti kat Pulau Pinang tu. Di sini juga terdapat kedai-kedai menual makanan dan cenderamata. Disebabkan ramai sangat orang membeli makanan aku pin malas nak beratur jadi pandang je lah lagi pun dah dapat rasa cendol pun kan.

Kami banyak berjalan-jalan saje dari bergambar maaf yea tak pandai nak berposing.


Cantik dorang gantung dan susun payung warna warni ni 


Bestnya kalau ada pokok buluh kat rumah nampak redup je mata memandang


Tadi gantung patung ni pantung tanglung plak
Itu je lah yang dapat aku kongsikan, serius tempat-tempat kat sini menarik lagi-lagi remaja yang suka bergambar.


Tiada ulasan :