Sabtu, 3 November 2012

FullHD Media Player

Amirah,mai dah beli pemain FullHD Media Player nie kat Low Yat Plaza tadi.

Habis je duty pukul 2 ptg terus ke Low Yat Plaza,sampai je sana terus ke kedai SRI COMPUTER SDN BHD yang kite pergi sama2 aritu.Harga yang mai dapat pun sama macam amirah dari RM160 dapat RM150.

Dan sekarang nie krul dan aku sedang melayan movie yang diambil dari zaim.Nampak gaya tak payah ke pawagam lagi lah aku dan hubby.Jimat duit macam nie..

Untuk pengetahuan kawan2 yang lain pemain nie boleh main movie dalam bentuk AVI dan MKV.Nak dengar lagu MP3 pun boleh dan nak tengok photo & text pun boleh juga.Korang simpan je dalam pen drive dan cucuk saje dalam pemain nie.Hebatkan..

K cau dulu nak layan movie.bye bye..

Khamis, 1 November 2012

Cemburu tengok perut orang buncit

Kadang-kadang hati kecil nie cemburu tengok perut orang buncit membesar,sedangkan aku buncit membesar dengan adanye lemak saje..


Aku tak touching pun...Tak pe aku akan usaha gigih lagi...

Harap-harap tahun depan aku dah boleh bergelah ibu.

Sekian...bye..

Selasa, 30 Oktober 2012

Pokok daun kari in the house

Disebabkan bawah rumah dah tak ada pokok daun kari dan menyusahkan hubby nak beli kat kedai bila aku nak masak, aku ada suarakan pendapat pada hubby yang aku nak tanam pokok daun kari.

Kebetulan arinie hubby tak kerja lepas dia hantar aku pergi kerja, dia sarapan kat sg.besi.Dalam on the way nak balik runah dia ada perasan orang jual pokok2 dan hubby perasan ada jual pokok daun kari cepat2 dia call aku tanyakan sama ada nak beli @ tidak.Huisss sememangnye aku nakkkkk.

Bila ditanya berape harga rupanye rm5 je,sangat murah so baik beli je nanti dah tak jumpa orang jual pokok baru nak menyesal.Balik rumah aku tengok hubby dah tanam pokok daun kari tue siap2 dalam pasu.Ala comey plak aku tengok pokok daun kari nie di tanam dalam pasu dan so sweet sangat hubby yang tanamkan.thanks hubby,u tolong tanamkan.( i tau u baca blog i nie kan ) Lepas nie nak cari pokok cili padi plak.


Isnin, 29 Oktober 2012

Resepi Dalca Daging

Bahan yang diperlukan
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang kecil yg dihiris
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis,jintan,bunga lawang,bunga cengkih)
  • 2 labu bawang besar - dikisar
  • 1/2 labu bawang putih - dikisar
  • Sejari halia - dikisar
  • 1 paket rempah kari daging - setelah 3 bahan tadi dikisar gaulkan dengan rempah kari
  • 1 mangkuk kacang dal direndam 1/2 jam
  • Daging & tulang lembu - Rebus bersama dgn halia yg dihiris kasar sehingga empuk nak cepat empuk letak sudu @ garfu,air rebusan jangan dibuang nanti nak guna masa memasak
  • Kacang panjang dipatah2 
  • 2 biji terung bulat yg dipotong 6
  • 2 biji tomato dipotong baji 
  • 1 batang carrot dipotong besar2 
  • 3 biji kentang dibelah 4 
  • 2 batang cili merah dibelah memanjang 
  • 3 batang cili hijau dibelah memanjang 
  • Santan - aku guna 1 senduk je just nak bagi berlemak sikit
  • minyak
  • Garam

 Cara memasak
  1. Tumiskan bawang kecil + daun kari + rempah sekawan sehingga naik bau 
  2. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga hampir garing 
  3. Masukkan kacang dal + daging & tulang + air rebusan Pastikan kuah tidak terlalu cair + santan.Kacau sekali sekala supaya santan tak berketul.
  4. Perisakan garam secukup rasa 
  5. Masukkan kentang dan carrot Biarkan kuah mendidih dan bila kentang dan carrot telah empuk masukkan cili + terung + kacang panjang
  6. Bila kesemua bahan telah dimasukkan balik2kan dan biarkan sebentar dan matikan api.
  7. Masukkan tomato.Kalau masukkan tomato awal nanti tomato akan lembik.

Ahad, 28 Oktober 2012

Dalca Daging

Nie lah lauk yang aku masak utk makan tengah hari.Pertama kali masak lauk nie,tak banyak beza macam masak lauk kari cuma penambahan letak kacang dal je.Lauk nie dari semalam lagi hubby dah oder minta buat.

Alhamdulillah jadi gak lauk nie aku masak.Oh ya aku letak daging & tulang dalam lauk ni.Aku masak penuh periuk,geli hati aku masak bukan main banyak lagi padahal dok 2 orang je tapi masak mcm dok 6 orang.Kata hubby tak pe biar banyak nanti lebih boleh makan dengan roti.Eermm betul gak tue...

Resepi aku up date later k,aku nak mandi dan tak sabar nak pegi terapi diri dengan shopping.k cau cin cau..