Selasa, 29 Januari 2013

Resepi Ikan Siakap Stim



bahan-bahan
  • ikan siakap
  • 2 labu bawang besar di hiris kasar2
  • 2 ulas bawang putih di hiris kasar2
  • 1 biji cili merah di hiris kasar2
  • 1 biji cili hijau di hiris kasar
  • 1 biji tomato di belah2 
  •  5 biji cili api di hiris2
  •  3cm Halia di hiris kasar
  • 1 batang serai di ketuk/di titik
  •  5-6 biji limau kasturi di ambik jus nya sahaja
  •  garam
  •  2 cawan air @ secukupnya
  • minyak

Cara2nya 

  1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang,serai dan halia.Kacau sampai layu.
  2. Seterusnya masukkan pula 2 cawan air dan cili merah cili hijau cili api,kacau dan biarkan seketika.
  3. Selepas itu masukkan si ikan siakap dan tuangkan jus limau kasturi.
  4. Sekali sekala terbalikkan si ikan siakap supaya tidak sebelah badan saje masak dan masukkan garam.
  5. Bila ikan dah masak masukkan tomato dan tutup api dapur.Sedia utk dihidang

Tiada ulasan :