Selasa, 28 Oktober 2014

Dengar ceramah dapat pokok bunga..Untungkan kan kan!!!

 Pagi tadi aku dengar ceramah tentang Program Voluntourism Puspanita Green Talk 'WOMEN & ENVIRONEMENT' di Dewan Sebaguna Kementerian Pelancongan & Kebudayaan,Putrajaya.Habis dari ceramah pihak urusetia bagi cenderamata pada setiap peserta sepasu pokok bunga.

Nak tengok pokok ape yang aku dapat? Jap lah...bagi aku terangkan sedikit je tentang ceramah tadi yang aku hadiri.

Apa itu Voluntourism? Maksud Voluntourism adalah kombinasi perkataan Volunteer dan Tourism,yang membawa maksud khidmat sukarelawan bagi industri pelancongan di Malaysia.

1 insiatif pihak kerajaan untuk memupuk semangat kesukarelawan di kalangan masyarakat serta para pelancong untuk bersama-sama membangunkan sektor pelancongan dengan cara menggerakkan para sukarelawan.Terdapat 5 program utama di bawah insiatif 1Malaysia Voluntourism:-

 1) 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MGIMC)
2) 1Malaysia Voluntutoring
3) 1Malaysia Volunsharing
4) 1Malaysia Event
5) 1Malaysia Culture and Heritage 

Para peserta diberi penerangan bagaimana nak kitar semula sisa makanan untuk menjadi tanah kompos,air hujan digunakan semula dan menanam sayur-sayuran secara organik.Turut diajar cara membuat terrarium iaitu hiasan tanaman kecil dalam balang kaca.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web voluntourism.my .

Ok tue je aku kongsikan kat korang semua.Ini lah pokoknye yang aku dapat.


Ada 3@4 jenis pokok yang dorang bagi pada peserta aku dapat yang nie.Boleh gantung kat rumah nanti,bertambahlah koleksi pokok bunga aku..suka suka suka..