Isnin, 29 Jun 2015

Makan ape masa bersahur? 1 - 7 Ramadhan

Tak lalu nak makan nasi masa bersahur, kalau boleh nak minum air je,tapi takut lapar kami gantikan nasi dengan makan benda lain.

Ramadhan - 18 Jun

 Biskut cicah dengan sorang segelas air milo.Mata pun tak boleh nak bukak sangat tue yang makan biskut cicah air milo panas je.

Ramadhan - 19 Jun

Air masak sorang segelas makan sorang seulas pisang.Alhamdulillah boleh tahan sampai ke petang janji baca niat makan.Perut aku dengan Krul boleh terima makan gini korang tak tau lah boleh ke tak,jangan lah sesekali cuba makan macam kami kang lembik sendiri yang susah aku tak masuk campur.


Ramadhan  - 20 Jun

Tak sempat nak sahur.T__T terbabas bangun alarm hp bunyi offkan konon nak bangun lagi 5 minit sekali bukan 5 minit 6.55 am baru sedar,ape lagi lompat katil pi solat je lah.Nasib tak pergi mana-mana kalau tak mesti dahaga dan lapar sangat.Moralnye bila alarm bunyi terus je bangun tak payah nak 5 minit sangat.

Ramadhan - 21 Jun

Errmm makan biskut & pisang minum air milo

 5 Ramadhan 22 Jun -7 Ramadhan - 24 Jun

Sepanjang 3 hari tue kami makan pisang dan air masak je


Tiada ulasan :