Pengikut

Selasa, 12 Januari 2016

Menara Taming Sari

Melaka : 3 hari 2 malam

1 Januari 2016 : Hari ke-2 : Petang




Harga Tiket: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak: RM10.00 tunjuk Maykad dapat diskaun,dapatlah RM 15 sorang.

Waktu operasi : 10 pagi - 10 malam


Dapat oleh-oleh.bestnye..

Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110 meter.



nak lihat lebih dekat pakai teropong yang disediakan

Penerangan diberi secara live dalam 2 bahasa BM & BI oleh cik adik ini,suara dia lembut tak ada skrip pun just terus cakap je hari-hari buat benda yang sama dah terhafal dia.Cik adik nie duduk 3 kerusi dari aku.Sorry cik adik akak snap gambar curi tue yang gambar adik tak berape nak molek,tapi cik adik cantik dan manis.Sebelah member dia,hanya teman je kot dia tak cakap ape-ape pun










Malam lepas naik Melaka River Cruise dan jalan-jalan (shopping lagi) di pasar malam Jonker Walk kami datang sini semula.Bawah Menara Taming Sari nie ada 1 kawasan kecil tempat urut kaki yang diurut oleh OKU (Buta).15 minit urut RM10.Yang uruskan mereka orang normal macam kite,jadi bayar duit pada dia.

Krul urut kaki,letih berjalan katanye.Dia ajak aku urut sekali ada org perempuan yang urutkan aku tak nak takut bisa urut nanti sakit kaki lepas urut plak besok nak jalan tak boleh.



  Krul kata sedap urutnye cuma masa tekan kat tapak kaki ada sakit sikit.Kalau aku bukan sakit geli ada lah.


Dorang akan berhenti urut bila alarm jam warna putih tue berbunyi.Tak payah lah berangan nak urut lama.


Next story Melaka River Cruise..

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...