Selasa, 10 Januari 2017

BERCUTI DI PULAU PINANG : Vouk Hotel Suites Pulau Pinang

Penghujung tahun 2016 dan memasuki tahun 2017  kami berdua bercuti di Pulau Pinang dari 29 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017,4 hari 3 malam disana.

Krul memilih untuk menginap di Vouk Hotel Suites.




Pandai Krul nak kenakan aku dia bagi aku pegang kad akses pintu bilik hotel,bila buka je pintu bilik ternampak 2 ekor angsa tengah bercumbuan diatas katil.I like it,terasa macam honeymoon plak.




moh kite ambil gambar buat kenangan

Cukuplah sekeping je kang muntah hijau plak,jom tengok keadaan dalam bilik nie



best gila wei ada kerusi urut Takasima

Kami gilir-gilir guna kerusi urut nie,masa urutnye selama 15 minit






pilih nak urut macam mana

Aku asal balik dari jalan-jalan atau tunggu giliran nak mandi mesti dok berurut,tv dah tak tengok sangat,jakun kat rumah tak ada kan.



bagus aku suka iron ada dalam bilik tak payah nak minta


Terbaik siap kasi jajan dan maggi,habis kami makan sape suruh letak kan hahaha 


Bilik air pun besar dan tekanan air pun kuat puaslah nak mandi








siap ada telefon,nasib baik masa malam-malam bangun membuang telefon tak berbunyi kalau bunyi tak lah aku nak jawabnye


ok tue je,bilik sangat selesa berbaloilah kalau menginap disini

kite beralih pula ke cafe

cafenye besar makanan je tak berape nak best asyik ulang je.




nie breakfast 30/12/2016

nie breakfast 31/12/2016

nie breakfast 01/01/2017


 aku berkenan pokok nie rasa nak ambil je


Address57-G-3, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Tiada ulasan :