Pengikut

Jumaat, 13 Januari 2017

nasi kandar LINE CLEAR

Tak sangat makan nasi kandar,dengan bantuan waze cari nasi kandar line clear.Rezeki memihak pada kami,orang tak ramai beratur boleh lah merasa nasi kandar line clear nie.

  
 masuk je kedai nampak kepala ikan besar-besar plak tue

 sedapnye kepala ikan,kami berdua nak makan kang ambil tak habis sudahnye tak jadi ambil makan lah ayam masing-masing.



aku ambil ayam masak hitam sayur kacang panjang kuah campur krul plak ayam goreng kuah campur

air tiada pilihan yang ada air sirap limau dan teh o ais limau jadi kami pilih sirap limau.aku rasa dia buat gitu sebab nak cepat dan mudah tak payah nak buat air lain-lain.Tapi kalau nak cendol ada je boleh order

total RM24.40

ari lastday nak repeat makan lagi, sekali orang ramai beratur panjang terus cancel makan kedai sebelahnye restoren yasmeen.Sedap gak makan kat situ, nie kali kedua dulu dah penah makan sebab masa tue line clear ramai orang dan kami pun malas nak beratur panjang-panjang

habis makan lepak kat Padang Kota jap semalam pergi malam tak nampak air laut.


angin kuat cuaca tak panas masa tue best je kena tiupan angin laut


kapal besar semalam dah tak ada dah berlayar


pukulan air nie merecik naik ke atas kena hati-hati jalan kat tepi nie kalau tak perasan boleh kena air






malam ingat nak datang sini sambut tahun baru sekali kami tido..hahaha tak remaja langsung tau-tau terjaga dengar bunga api meletup lepas tue tarik selimut sambung tido balik.

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...