Khamis, 8 Mac 2018

Akuarium & Muzium Marin,Sabah


Jom kite tengok hidupan laut di Akuarium & Muzium Marin,Sabah.Akuarium & Muzium Marin ini terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah.



Ikutkan harga tiket untuk dewasa adalah RM10 tapi masa bayar kami dikenakan hanya sekepala RM5 jadi 2 orang RM10 pelik sekejap warga emas atau nampak kami nie macam pelajar.

Melangkah saje masuk muka pintu dongak kepala ke atas nampak replika ini seolah-olah berada di dasar laut.



Ok jom kite tinjau di dalam,oh ya tempat ni kecil je sekejap dah habis jalan walaupun kecil tempat nie selesa.

Kita mulakan disebelah kiri dahulu.


ini adalah rangka ikan paus paruh curvier

Disini adalah sudut Muzium Marin,terdapat rangka-rangka hidupan laut dipamerkan





Rangka mulut ikan shark,tajam betul gigi dia ni bukan baby shark doo doo doo yea.


Pelbagai jenis kulit siput


Rangka penyu

Habis area tue jom kite ke sebelah kanan pula sudut akuarium, hati aku mula berdebar-debar berjalan area ni takut nampak shark.


Dalam akuarium ni ada penyu,nemo,dory dan lain-lain


Comelkan penyu nie geram je rasa nak je pegang tapi dalam akuarium

Selepas akuarium kecil nie ada akuarium besar kat dalam tue ada pelbagi jenis ikan dan ada penyu gak nasib tak ada shark tak lah aku takut sangat nak dekat dengan akuarium besar nie tapi maaf yea tak dapat ambil gambar dengan jelas sebab silau dengan cahaya lampu pakai handphone je pun snap gambar.







Ada juga akuarium udang lobster





Dan dihujung sekali ada akuarium jenis ikan kerapu yang besar.




Goreng ikan kerapu nie masak sweet sour sedap nie kenyang sampai ke malam.




hahahaha..kononlah tu scuba..

Itu saje yang dapat aku kongsikan di dalam Akuarium & Muzium Marin ni.



sebelum balik ambil gambar lukisan dinding nie dulu smart lukisannya.



Depan Akuarium & Muzium Marin nie ada cafe boleh singgah makan dan minum.


Datang yea ke sini Akuarium & Muzium Marin,Sabah..Kite jumpa di lokasi seterusnya nanti..


Address: Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah 
Website :http://www.ums.edu.my 
Phone: 088-320 121

Tiada ulasan :