Jumaat, 9 Mac 2018

Muzium Sabah

Seterusnye kami ke Muzium Sabah.




Kadar tiket untuk pelawat tempatan RM2 bagus murah dan dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam Muzium nie.


Rupa bangunan Muzium Sabah ni seperti di dalam gambar pas sehari diatas


Masuk ke dalam naik anak tangga nampak satu rangka tulang ikan paus yang besar dan panjang.Ini adalah rangka ikan paus Bryde.

Terdapat sebuah buku skrap bergambar yang disediakan oleh pihak muzium untuk rujukan pengunjung. Buku ini menceritakan secara ringkas kronologi penemuan bangkai ikan paus ini hinggalah kepada kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tulang-tulang oleh Jabatan Muzium Sabah sebelum rangkanya disusun dan dibangunkan semula untuk dipamerkan. 

Aku nak kongsikan secara ringkas dengan korang tentang rangka ikan paus nie,sebenarnye ikan paus nie terdampar di perairan Sabah.Kemudian ikan paus nie di tolak kembali ke tengah laut dalam kerana dikhuatiri akan mati tetapi 2 hari kemudian ikan paus nie terdampar kembali dan telah pun mati di tempat yang sama ketika kali pertama ikan paus ini terdampar.Kemudian rangka ikan paus ini dijadikan salah satu pameran utama di Muzium Sabah ini.




Pandangan dari sisi atas

Jom aku bawa korang explore ke dalam Muzium Sabah nie dari 1 tingkat ke 1 tingkat




Bukan tudung kepala ini sunduk namanya






Ini tab mandi tembikar berbentuk oval ala bathtub lah




Siut ada replika buaya terus aku meremang lalu sebelah pokok belah kanan sambil tutup muka.















Keluar dari muzium nie kawan-kawan mesyuarat Krul baru sampai.


Ini group 1 group 2 pergi ke tempat lain,Krul tak join dorang ikut lawatan sebab nak jalan-jalan dengan aku.


Kedai cenderamata ada juga disebelah kaunter tiket

Di sebelah luar sebelah kiri ada pameran kereta lama.



Kemudian ada galeri keretapi





Gerabak penumpang


maaf nak kongsi info dengan korang tapi kecil plak tulisannye.Datanglah sini yea aku pun x sempat nak baca.





Keadaan dalam gerabak penumpang ini



Juga terdapat bilik pameran.



Gambar zaman dulu-dulu tahun 1911 Jesselton atau Kota Kinabalu

Selain dari itu ada Pusat Sains dan Teknologi tapi ini untuk kanak-kanak saje bermula dari umur 10 tahun ke atas saje yang boleh mencuba permainan yang disediakan kami tumpang masuk toilet je


Okay itu saje tentang Muzium Sabah


Alamat : Sabah Museum Complex, Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah 
Tel: (+6088) 225033
http://www.museum.sabah.gov.my/



Tiada ulasan :