Pengikut

Rabu, 10 Januari 2018

masak-masak minggu ke-13 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Balik dari KL belum ada mood nak masak ditambahkan lagi dengan sakit kepala.
Balik KL makan masakan mama dan mak Krul lepas tue makan luar jadi bila balik Labuan malas plak nak masak lagipun lauk tak ada belum beli lagi.

05.01.2018 / Jumaat
Pembukaan tirai 2018 aku masak untuk makan malam nasi goreng udang bertahta telur goreng.


06.01.2018 / Sabtu
Dah pergi pasar beli lauk itu ini jadi aku boleh masak.
Aku masak ketam masak lemak cili padi.Berpeluh-peluh Krul makan nak sangatkan kuah pedas rasakan.


Yang hijau tue tomato ada sebiji dalam peti ais aku campak je lah dalam kuah nie bagi perabiskan.


Ditambahkan dengan timun jepun dan tempe goreng.

07.01.2018 / Ahad
Goreng mee goreng dan sosej untuk sarapan pagi.





Lepas tue kami picnic kat pantai UMS Labuan kenyang sampai ke tengah hari makan sambil makan angin pantai hihihi..






Alas pakai kalender je tikar tak ada..

Petang pula Krul ambil alih dapur.Aku bancuh tepung segera cucur udang adabi letak udang sikit lepas tue Krul goreng.


Bulat-bulat cucurnye aku buat leper-leper..

Lepas tue makan kat pantai lagi kali nie depan sikit dari UMS Labuan.




Lembut cucur udang yang Krul goreng nie.

Tiada ulasan :