Pengikut

Isnin, 1 Januari 2018

Rumah Terbalik / The Upside Down House Of Borneo

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru 2018 semua..

Bila masuk tahun baru mesti semua sibuk cerita pasal azam tahun baru,aku malas nak cerita pasal azam nie baik aku buka tirai 2018 dengan kongsi cerita jalan-jalan di Sabah bulan Disember 2017 yang lalu.

2 Disember 2017

Rancangan last minute,Jumaat rancang Sabtu gerak ke KK (Kota Kinabalu).
Alhamdulillah rancangan last minute nie dipermudahkan Allah,beli tiket untuk Sabtu masih ada lagi tempat kosong untuk business class dan tempah bilik hotel  malamnye pun masih ada lagi bilik kosong dan Alhamdulillah ada juga kereta sewa kawan Krul carikan disana.

Gerak ke KK jam 7.40 pagi dan sampai lebih kurang jam 11 lebih pagi.


Muka aku ada senyumkan korang tengok, lebih kurang dalam 1jam setengah nak sampai ke KK aku mabuk laut wei pening kepala sampaikan rasa nak muntah.Tutup mata tudung pun aku longgarkan terus sandar kepala kat bahu Krul sampai ke KK.


Ni dah sampai KK nampak tudung pun dah stail lain baru nak feeling macam stail pakai tudung erin malek sudahnye pakai je macam biasa mabuk punya pasal lah nie.

Tunggu kereta sewa jap terus ke hotel.Keadan bilik hotel nanti aku up kan kemudian yea.

Lepas check-in hotel terus kami ke Rumah Terbalik / The Upside Down House Of Borneo.



Harga tiket Rumah Terbalik dan 3D Museum.Bagi dewasa dan berstatus warganegara Malaysia RM12.70.

Kami masuk Rumah Terbalik je malaslah nak masuk 3D Museum nak kena posing-posing nie dahlah aku kaku Krul lagilah kaku hihihi..



 Sebelum masuk kasi ambil gambar dulu kat luar  


Masuk je muka pintu sebelah kanan ada sesi foto macam biasalah nanti kena belilah gambar kite kan.Cantik aku beli tak cantik bye-bye korang simpan je lah hihihi.


Inilah Rumah Terbalik,pandangan dari sisi tepi.Pintu sebelah kiri adalah pintu keluar dan manakala pintu disebelah kanan adalah pintu masuk ke dalam Rumah terbalik ni.

Ambil gambar duluuuu..
Amboi tangan tue Krul mengalu-alukan sangat kedatangan ke Rumah Terbalik nie.

Oh ya dalam Rumah Terbalik tak boleh ambil gambar.Yang boleh ambil gambar diluar sahaja.

Ni yang kat luar ada ala-ala 3D animatian dan gambar terbalik




gambar ni aku terbalikkan nampak macam tak menjadi,sedih..

sekali lagi tak menjadi

ni lagi tak jadi

pilih ikan plak.

Semua gambar tak jadi,tempek jelah gambar macam biasa anggap jelah mengapai barang-barang yang terapung.hihihi..



dah dah cukup itu je nak masuk dalam Rumah Terbalik


Unik bukan siap ada pakaian dijemur dengan terbalik.

Sebelum masuk ada sedikit penerangan maklumat oleh cik adik nie tentang Rumah Terbalik, asal usul kaum di sini reka bentuk rumah dan lain-lain.


Sebelum kami dan pelawat-pelawat yang lain diringi masuk Cik adik nie berpesan dalam Rumah Terbalik dilarang mengambil gambar,baiklah kami ikut cakap awak.

Apa ada kat dalam rumah terbalik?
Ermmmm..ada 5 ke 6 ruang,bilik tidur,toilet, ruang dapur,ruang makan,ruang tamu juga termasuk dengan peralatan contoh ruang dapur adalah barang-barang dapur singki,peti sejuk,kuali begitu juga dengan ruang-ruang yang lain sama macam keadaan rumah biasa.

Sebelum keluar aku tanya cik adik tadi kenape tak boleh ambil gambar,katanye kalau dah ambil gambar nanti orang semua dah tahu isi dalam rumah ini dah tak menarik untuk pengunjung datang melawat.Betul jugakan katanye tapi kalau ambil gambar pun orang datang jugakan.Tidak mengapa itu adalah strategi mereka untuk mempromosikan tempat ini.

Baik hati adik nie siap pelawa untuk ambilkan gambar,oiii memang sukalah kami adalah gambar berdua.

Ini di pintu keluar.



Disebelah kanan ada kereta terbalik jom jom kita pergi ambil gambar di sana.



Gambar kereta nie mesti dah biasa nampak dalam FB atau IG kan..Jap plat kereta J jauh dari Johor kereta ni hihihi..



Iyolah berat sangat tue myfara oii..

Ni cantik sikit gambarnye.

amboi 1 jari nampak angkat kereta.



Ada lagi tempat ambil gambar terbalik









Sebelum ke kedai jual cenderamata kita ambil lagi gambar pandangan sisi depan Rumah Terbalik nie.




Aku beli 2 fridge magnet,1 aku punya 1 nak kasi mama kan mama tak sempat masuk dah jatuh kat depan pintu masuk Rumah Terbalik nie bulan April 2017 yang lepas.



Keluar je muka pintu aku dah nampak dah gambar kami yang ambil masa masuk tadi,terus pergi kat dorang beli gambar tersebut dan gambar dalam botol air,nasib gambar cantik kalau tak memang aku tak beli dahlah mahal RM50.




Ok itu saje dari Rumah Terbalik..Sila datang ke sini uolls dan jadi kreatif bila ambil gambar di tempat-tempat yang terbalik tue.


Tiada ulasan :