Mengembaikan keseimbangan tulang belakang dan menammbah kapasiti udara kepada paru-paru serta gas oksigen ke dalam darah.Keletihan otot dan ketegangan otak dapat diperlahan dan sistem biologi dadan berfungsi dengan lebih baik.
Mendakap tangan
Merehatkan tubuh,otot atas belakang badan dan kedua tangan berada dalam keadaan istirehat sepenuhnya.Dalam kedudukan ini,sikulasi darah juga mengalir lancar kembali ke jantung dan produksi bendalir sendi menjadi baik.
Rukuk
Merehatkan sepenuhnya otot bahagian bawah belakang.Merengangkan otot paha dan betis,melembutkan otot perut dan buah pinggang dan melenturkanruas tulang belakang yang menjadi terapi untuk sakit pinggang.
Sujud
Urat darah seperti pembuluh arteri dan vena mengalirkan darah dan limfa dengan lancar,membantu proses pengepaman jantung dan mengelakkan pengerasan salur darah dan melancarkan darah ke otak.Ia juga dapat melenturkan otot dinding perut,memecah lelemak lebihan perut,memudahkan pertambahan kebesaran perut sewaktu proses kehamilan, melancarkan proses bersalin dan menstabilkan organ dalam ronggaabdomen pada tempatnya selepas bersalin.
Duduk antara dua sujud
Melancarkan aliran darah ke kawasan bawah badan,tumit kiri menekan otot pangkal serta saraf,menguruskan otot bahagian bawah badan,merawat buasir dan otot tercedera selepas bersalin.
Duduk tahiyat
Merawat penyakit berkaitan kelamin manusia dan posisi kaki dalam kedudukan ini seumpama proses 'akupuntur' yang mengururt telapak kaki mewakili organ-organ dalam badan
Memberi salam
Mengecut,memanjang dan menguatkan otot leher,menghilangkan sengal dan lenguh bahagian leher serta merupakan terapi merawat penyakit kereputan tulang leher.
Didik jiwa melalui solat
Kesempurnaan solat dapat membuka mata hati dan secara langsung membimbing manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara mungkar
sumber:surat khabar mega -bertarikh 03/10/2012
2 ulasan :
melalui solat juga kita dapat bersenam dan menguatkan otot2 dalaman serta memanjangkan lagi usia otot2 kita (ni info yg kita dpt dari tv9 aritu)
terima kasih sue...
Catat Ulasan