Rabu, 1 Julai 2015

Makan ape masa bersahur? 8 - 14 Ramadhan

Minggu kedua menu sahur masih lagi ringkas dan tak makan nasi berlauk.Senang dan syukur aku Krul tak nak makan nasi pepagi masa sahur.Krul kata kalau minum air masak masa sahur je pun dia ok,aku plak mulanye ok senyum lebar lah tak payah pikir nak masak ape untuk sahur tapi berape lama perut boleh tahan kalau minum air je kan,so aku buatlah menu yang ringkas buat lapik perut.

Ramadhan - 25 Jun


Ok dah jelak asyik makan pisang je aku tukar makan lain plak.Tu pun sebab Krul yang minta nak makan Sosej dengan roti konon nak gulungkan sosej kedalam roti.Aku ubah,aku buat roti celup telur 4 keping,lepas tue aku rebus sosej kemudian bubuh sos gulungkan sosej tu ke dalam roti apa lagi makan lah sorang 2 keping roti dan 2 batang sosej air milo panas.



Ramadhan - 26 Jun

Masih mengekalkan roti dan sosej,kali nie aku goreng telur mata letak kat tengah2 roti letak mayonis dan sos,sosej 3 batang sorang air masak je..kah kah makan dah ok air plak air masak,boleh lah dari tak ada air langsung.


10 Ramadhan - 27 Jun

Bersahur dengan minum air kosong dan pisang seulas.Pisang lagi tapi dah lembik sikit.

11 Ramadhan - 28 Jun

Makan roti cicah dengan sambal ikan bilis ketak sikit telur dadar.Meletop perut aku pagi tue makan pedas.Air milo panas.Sedapnye..


12 Ramadhan - 29 Jun

Masih makan roti, aku buat macam sahur ramadhan 9 cuma tak ada sosej je air pula air masak.Sorry gambar tiada benda yang sama aku buat tak payah lah ambil gambar sangat.

13 Ramadhan - 30 Jun

Petang semalam (12 Ramadhan - 29 Jun) ada member opis bagi bubur lambuk,lauk untuk buka dah ada jadi aku simpan buat makan sahur arini.Bukan makan kosong gitu je aku letak letak telur masin.Telur masin aku masak petang semalam.Air masak je.




14 Ramadhan - 1 Julai

Hari Ke-14 makan roti lagi uolls..Arinie aku letak daging burger + telur.Krul rajin tolong plak arinie dia tolong letak sos cili dan mayonis.Air masak je.






2 ulasan :

nadiakeeza berkata...

presentation penting..haha..
okey aku da lapa!

myfara FLK berkata...

tahan sikit lapar tue nadiakeeza..