Pengikut

Selasa, 14 Februari 2017

Manja Rasa Restaurant,Labuan

Ingat lagi tak kat entry Muzium Marin Labuan aku ada cakap kami makan kat Manja Rasa Restaurant kan,nie nak citelah ape yang menarik kat restaurant nie



tengok dibelakang ada kapal-kapal besar dan kecil sedang berlabuh, nampak tak ada orang kat belakang tue,dorang pancing ikan dan ketam tapi guna tali tangsi.banyak gak hasilnye dorang dapat.

Dari atas jambatan nie boleh nampak ikan,ketam dan obor-obor berenang.



nampak tak khemah putih tue belakang tue lah Muzium Marin Labuan,petang-petang ramai orang awam datang beriadah atau lepak-lepak.


dihujung sana pun ada restaurant tapi tak sempat nak kesana ingat nak pegi lps hbs makan tapi perut dah kenyang tak jadi ke sana




gambar kenangan berdua

Manja Rasa Restaurant menyediakan makanan buffet 
Korean BBQ steamboat.Harga sekepala dalam RM20 atau RM25 (maaf lupa) makanlah sampai kenyang,kalau nak makanan yang goreng-goreng ada juga dijual


mari pilih ape nak makannnn...





supnye adalah sup tomyam,nak grill pun boleh







kami berulang-ulang makan kerang besar nie,isinye sedappppp sanggaattttt sampakan tak boleh berenti habis je aku suruh Krul pegi ambil lagi.


pukul 6.15 petang dah gelap macam maghrib.


sini ada toilet dan surau jangan risau kalau nak makan sampai malam.

Aku sangat berpuashati makan disini sape-sape datang bercuti ke Labuan datanglah makan disini.


AddressKompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Labuan, Malaysia, 87008, Malaysia
Hours
Open today · 10AM–9PM

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...