Pengikut

Isnin, 16 Oktober 2017

Ambil Angin di Pantai Sungai Lada

Petang semalam kami berdua lepak sekejap di Pantai Sungai Lada sambil ingin melihat matahari terbenam (sunset) tapi matahari diselubungi oleh awan yang tebal sayang tak dapat lihat saat terbenamnye matahari dengan jelas.

Sepanjang persisiran pantai dapat dilihat keadaan pantai yang cantik dan bersih,ramai membawa keluarga beriadah dan golongan remaja lepak di sini.


Sambil-sambil menikmati angin pantai mari kita abadi kenangan di sini


Tenang fikiran bila lepak di sini sambil kena tiupan angin pantai yang kuat dan kedengaran bunyi ombak pantai ketika itu.





 matahari di sebalik awan tebal dan air mula pasang


hampir maghrib baru kami gerak balik rumah sini maghrib awal 6.06 petang,InshaAllah esok lusa aku pasti datang lagi nak tengok sunset yang cantik.



Tiada ulasan :