Pengikut

Khamis, 19 Oktober 2017

Jumpa kawan lama - Azli Ex-Staff



Ada sorang kawan lama duduk kat Labuan nie,dulu dia (Azli) kerje sama jabatan dengan aku kemudian dia tukar ke Labuan sebab dapat offer yang bagus di sini.Sebelum aku datang ke sini aku ada WhatsApp dia tanyakan hal rumah sewa di sini dan hal lain-lain lagi.Dalam WhatsApp tu ada juga aku cakap nanti senang-senang bolehlah jumpa sembang-sembang.

Sudah hampir 2 minggu aku di sini, belum berkesempatan lagi nak ke rumah dia,aku sibuk beli barang-barang dapur ada saje nak ditambahkan.

Semalam petang dia nak hantar bubur asyura, wife dia buat tapi kami on the way keluar nak ke Ujana Kewangan,dah alang-alang keluar dan ada kereta(sewa) aku cakap nak singgah rumah dia lepas maghrib nanti.

Bukan maghrib tapi lepas isyak baru sampai ke rumah dia,lepas solat maghrib sambung plak pergi supermarket nak beli bahan basah untuk masak hari ini.

Sampai rumah dia borak-borak itu ini dan kami dijamu makan mee goreng serius sedap mee goreng wife dia masak kena plak dengan perut yang dah lapar,rugi aku senduk sikit mee goreng tu malu punya pasal dan pertama kali datangkan lagi pun baru kenal wife dia adap kenalah jaga.

Azlie dan wife dah 5 tahun menetap di Labuan,wife dia tak kerje hanya mengasuh anak orang saje dan hanya Azli saja bekerja.

Dalam 9 lebih baru kami minta diri balik rumah,masa nak balik wife dia kasi bubur asyura dan pau goreng inti kacang merah frozen itu pun wife dia buat juga,hebatlah wife dia aku 1 kuih pun tak geti buat.


Pagi nie aku goreng kesemua pau tu dan bagi sikit pada jiran sebelah.


aduh api terkuat rentong sikit


Ini kasi kat jiran sebelah,bolehlah buat dia rasa.

Aku ada jemput Azli dan wife datang rumah,InshaAllah nanti kalau aku rajin sikit nak jamu dorang makan kat rumah.

Tiada ulasan :