Ahad, 22 Oktober 2017

Pasar Tani,Labuan ( Labuan Walk )

Pasar Tani nie berdekatan dengan Labuan Square @ Dataran Labuan.
Pelbagai barangan dijual disini anataranya pakaian,tanaman pokok-pokok,buah-buahan,kuih-muih dan lain-lain lagi.

Pasar tani kat sini tidak besar dan tidak sesak dengan orang ramai berjalan pun senang sekali tak kena pun langgar bahu.



Ada jual anak ikan peliharaan,dijual dalam botol mineral ada saja.Ikan yang dijual pun murah-murah belaka lebih kurang Rm10,dalam sebotol mineral tue ada 3-4 ekor anak ikan.


Oh ya ada jual kraftangan,bakul rotan.Singgah sini Krul beli selipar.


Pakaian,kasut,tudung dan aksesoris lelaki dan wanita


Deretan penjaja menjual makanan,mari kita cari kuih-muih tradisional 


Mata aku tertarik pada Kuih Cempiang nie,3 biji RM1.Tak ada inti  pun.


Yang coklat pekat pada lengkang itu rasanya pahit sikit,patutlah pahit bila aku google ramuannya kicap dan rempah ratus.


Kuih Pulut Panggang,lupa nak ambil gambar isi dalamnya.kelainan pulut panggang nie hanya ada pulut saja inti kelapa tak ada dan cara bungkusanya lain(ke aku yang tak tau bungkusan macam nie ada je orang buet) tidak pakai lidi di hujung hanya lipat ke dalam saja.

Bila area pokok-pokok kami singgah beli sepokok bunga,beli 1 nak hilang rasa rindu kat pokok di rumah dan beli 2 pasu kecil dan tanah untuk tanam kunyit dan bawang untuk dapatkan daun kunyit dan daun bawang sini susah nak jumpa daun-daun tue.



nampak tue dia tengok pokok kertas rindulah tue pokok dia kat rumah nasib dia tak beli.


habis tengok pokok balik rumah nak masak makan tengah hari.

Nanti rajin aku kongsi masakan aku yea,Ok bye.

Tiada ulasan :