Khamis, 12 Oktober 2017

kesungguhannya membuat aku terharu

Aku sangat terharu dengan pengorbanan yang Krul tunjukkan,dia sungguh-sungguh memberi aku keselesaan untuk berada di Labuan ini.

Pertama sekali dia mencari sebuah rumah sewa yang cukup selesa sangat untuk aku duduki.Rumah sewa nie dah siap ada kelengakapan rumah seperti sofa walaupun stail sofa JKR dah cukup bagus dari duduk di lantai boleh gak baring-baring atas sofa,set meja makan untuk 6 orang sama  tak perlu duduk bersila di lantai,ada rak tempat letak tv dan rak hiasan,mesin basuh baju stail old school yang kena angkat baju alih ke tempat spin bila nak spin baju aku tak kisah sebab tak payah susah payah aku basuh guna tangan sambil menangis di tepi gantang,almari kecil untuk letak dapur memasak,ada ampaian baju depan dan belakang tak payah aku sangkut baju kat tingkap,langsir pun dah ada tak payah susah-susah pegi beli langsir atau tutup pakai surat khabar.ada almari baju siap cermin sekali,ada 2 katil yang tidak bertilam disetiap 2 bilik dan Krul angkut tilam dari biliknye bawa ke sini nak bagi aku tidur selesa tidak tidur di lantai dan yang paling best ada sebiji aircond di bilik tidur kami siap ada kipas gantung sekali memang lena tidur aku tak payah kipas pakai kertas bila peluh-peluh. 

Semua kelengkapan yang disediakan oleh tuan rumah sewa nie kami sangat bersyukur tak lah kuar duit banyak sangat,duit yang ada dapatlah Krul guna untuk beli benda-benda yang lain seperti kelengakapan memasak di dapur dan makanan.

Walaupun harga sewa rumah agak mahal tapi dengan apa yang disediakan dan bila dikira-kira balik ia agak berbaloilah.Oh ya mana nak dapat tuan sewa rumah kasi free guna wifi service macam hotel kuat plak tue wifinye jimat data internet aku dapatlah aku download drama yang tertinggal.

Kedua dan hari kedua disini diajaknya aku beli dan buat pilihan beli barang elektrik seperti fridge dan blender baru serta menunggu persetujuan aku untuk membeli TV second hand pada aku tv second hand yang besar belakang dan berat tue tidak menjadi masalah besar pada aku asal dapat tengok tv sudah dari pandang dinding rumah saja.

Ketiga,kesanggupan dia ulang-alik dengan aku dan berseorangan dia ke kedai cari barang kelengkapan dapur seperti kuali,periuk,senduk,sudip dan lain-lain lagi serta beli plak barang-barang masak yang tak cukup dan terlupa beli sangat aku hargai.

Keempat yang paling aku terharu dan menitik air mata semua barang-barang yang di beli guna duit dia saja siap kasi duit nafkah yang biasa dia kasi tiap-tiap bulan tidak kurang sikit pun dan bayar loan perumahan.Aku sedih terasa sangat menyusahkan dia,tapi dia kata duit boleh dicari dan dia sangat gembira bila aku dapat datang ke Labuan menemani dia.

Bila duduk diam-diam aku terfikir macam pasangan baru berkahwin kena mula dari kosong untuk mendapat semua keselesaan.Hikmah dari Allah untuk kami mulakan kehidupan yang baru dan perbaiki hubungan 8 tahun dahulu.

Tiada ulasan :