Pengikut

Rabu, 23 April 2014

Almari Kasut Hadiah Dari Abah

Suka suka sukaaaaa sangat...Terima kasih Abah beli dan hadiahkan almari kasut warna putih nie..Terharu rasanya abah belikan almari kasut yang mahal nie,aku memang nak beli sebenarnya tapi kena tunggu dapat duit OT bulan depan lah.Bila abah kata nak belikan syukur Alhamdulillah apa lagi senyum sampai ke telinga lah .. 


Semalam malam baru sampai almari kasut nie,terus whatsApp abah & mama bagi tau dah sampai..Ada 8 tingkat rupanya,aku tak tau sebenarnya tinggi,lebar dan berape tingkat.Aritue masa beli tengok dalam katalog je tak ada sample kat kedai tue aku gatal nak warna putih abah nak belanja warna coklat dan murah nak gak warna putih so tak tau lah macam mana isi dalamnye,nasib baik cantik dan banyak tingkat. 

Sebenarnya nak letak luar rumah betul-betul kat sebelah muka pintu masuk rumah bila difikirkan almari nie mahal dan cantik sayang plak nak letak kat luar nanti kena tempias hujan rosak bawah kakinye,maka tukar fikiran letak dalam rumah sebelah meja TV dan sebelah muka pintu.Bila whatApp mama,mama kata Ok juga letak di situ..Tengok banyak kali smart plak letak kat situ dah tak payah tukar tempat lagi..

Malam nie aku nak punggah 3 kotak kasut yang dalam bilik belakang tue dan nak susun elok-elok dalam almari kasut nie..Aku rasa banyak ruang kosong nie,siap lah mesti hubby beli kasut lagi nie tak pun aku yang beli.kikikiki...Kasut yang biasa-biasa dok kat rak kasut diluar..




2 ulasan :

Nor Iman Hashim berkata...

cantekkk...

Polaris Girl berkata...

Boleh sy tahu bape rgt rak kasut ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...