Khamis, 21 Mac 2013

Ceritera Aktiviti Saya Yang Menurut Perintah

Antara aktiviti berkumpulan yang aku sertai sepanjang berkhidmat di PKKM.Semuanya kerana Saya Yang Menurut Perintah.


 19 / 3 / 2009

Hari Kraf Kebangsaan 2009 

Pertama kali aku sertai kumpulan koir PKKM.Macam mana aku boleh join yea!!! Kak sue lah yang masukkan nama aku dengan rinie,padai dia masa aku nak pergi kursus dia tel. cakap nak masukkan nama aku untuk kumpulan koir.Aku cakap nanti aku fikirkan balik opis nanti baru aku bagi keputusan.Walaupun aku ada sepupu artis ini dan ini ia tak bermakna aku nie geti menyanyi,sekadar nyanyi dalam bilik air bolehlah.Sebab ada kak sue dan rinie aku relakan hati join kumpulan koir nie lagi pun cikgu shafi yang mengajar..rugi lepaskan peluang nak gak merasa cikgu AF mengajar(Akademi Fantasia)



16 / 9 / 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia 2011
- Dataran Merdeka,Kuala Lumpur

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke2 aku join bersama kawan-kawan pejabat.Pertama kali masa kat Stadium Nasional Bukit Jalil tahun 2010.Sambutan yang nie kami semua diminta utk memakai pakaian yang dihasilkan oleh pereka-pereka PKKM.Seronok masa nie terasa diri menjadi tumpuan plak yelah masing-masing pakai baju lawa-lawa bila lagi nak melaram dengan baju saiz ukuran model..kikikiki..



2 / 4 / 2012

Hari Kraf Kebangsaan 2012

Kena masuk lagi koir tapi kali nie ramai muka-muka baru yang masuk..Masih lagi cikgu Shafi yang mengajar..Aku cakap dengan cikgu Shafi aku nak kuar dari kumpulan koir tak nak masuk koir lagi nak pencen tapi kena tolak katanye tak cukup orang nak menyanyi nanti.Cantik tak baju koir kami..bertemakan Pop Art tau




31 / 8 / 2012 

Perhimpunan 55 Tahun Merdeka,Janji Ditepati 
- Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur

Perhimpunan yang memberi RM50 pada setiap orang yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil..Untungkan datang dapat duit tak datang rugi dan kena bagi surat tunjuk sebab tidak hadir.Dari kena karang surat baik aku datang je.Dalam 2 bas rasanye kami warga PKKM menghadirkan diri..Amirah ingat tak masa nie kite berjalan berdua cari bendera besar..



17 / 3 / 2013

1 Million Purple Women Walk 2013
- Dataran Putrajaya,Kuala Lumpur

Walaupun tak dapat RM50 aku tetap sokong untuk hadir bersama-sama wanita lain di Putrajaya.Best pergi sana semuanye pakai baju purple sampaikan dah tak boleh cam kawan-kawan sendiri kena tengok muka dulu baru nak tegur kang main tegur je mau malu tutup muka sebab tersalah orang.Masa nak balik  kasi punggut dulu makanan dan air mineral.Hari tue memang berlambak-lambak makanan dam air tak habis.Ikutkan hati nak je aku datang balik ambil air mineral berkotak-kotak tue buat stok minum kat opis.


Seronok rasanya bila sekali sekala bila kite sertai aktiviti begini.Besok boleh kite ceritakan pada anak cucu tentang kemeriahan

4 ulasan :

suwara entertainment berkata...

seronok kan dpt join aktiviti camni. sue kat matrade ni, dptlah join sukan bola jaring, koir, matrade idol dan ahli kelab. aktiviti luar jarang sgt dpt join sbb jadi PA susah sikit nak keluar

aLyNnZ berkata...

bagus mai aktif..akak kalau sekali sekala boleh ler kalau selalu payah sket lebih2 lagik kalau melibatkan hr sabtu ahad..hihi..kalau nak masuk koir sore sumbang mambang plak hihi..

nadiakeeza berkata...

fuyoooo.... aie masuk blog ko.. muahahahaha...

Z.U.E berkata...

wah best! ade keje kosong tak?

mai aku ade tag ko untuk join contest sila tengok link ni

http://akubukanblog.blogspot.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak.html